MAKAM PAHLAWAN NEGERI MELAKA MEMBAZIR? SIAPA PEMIMPIN YANG JADI PIONEER DI SITU?

Saya meninjau Makam Pahlawam untuk pembesar-pembesar negeri Melaka, Ahad lalu. Tujuan untuk melawatnya bukan untuk menempah makam tersebut sebab sememangnya saya tidak layak untuk 'booking'nya. Yang layak adalah TYT Tun Mohd Khalil Yaakub dan Datuk Seri Mohd Ali Rustam serta orang-orang yang sewaktu dengan Mohd Ali.

Hebat makam tu ada 24 liang, 12 liang di sebelah kanan dan 12 liang di sebelah kiri. Siapa punya liang-liang saya pun tak tahu. Kena tanya orang-orang 'booking' liang tu lah. Keluasannya 400 meter persegi. Terdapat juga satu ruang untuk tahlil yang boleh memuatkan antara 60 hingga 80 orang pada satu-satu masa.

Kerja pembinaan ini telah bermula sejak awal Januari yang lalu dan dijangka siap sepenuhnya pada bulan Julai ini. Cepat mereka buat sebab mungkin dah ada yang menempahnya (jangan mare).

Mohd Ali dalam kenyataanya baru-baru ini berkata makam ini dibina untuk mengenang jasa pemimpin yang banyak jasanya dan teramat besar nilainya (contohnya Mohd Ali yang banyak 'jasa' tu).

Mohd Ali berkata, bagi seorang pemimpin atau bekas pemimpin, penghormatan yang kita berikan kepada mereka seharusnya diteruskan walaupun mereka telah tiada.

Terlintas di hati saya, apakah ini yang dimahukan oleh pemimpin yang akan dimakamkan di sini bila mereka meninggal nanti. Setahu saya setiap orang yang mati mengharapkan keampunan dari Allah S.W.T dan kemaafan dari manusia terutama hamba rakyat yang mungkin diZALIMI oleh pemimpin yang dimakamkan disitu. Makam yang cantik tidak akan memberikan sebarang makna kepada si mati jika ramai rakyat yang tidak diREDHA akibat diZALIMI dan diANAKTIRIkan sewaktu pemimpin itu hidup.

Adakah dosa pemimpin kepada rakyat (jika ada) dapat diampunkan oleh Allah dan dimaafkan oleh rakyat hanya dengan memakamkan jenazah pemimpin di Makam Pahlawan ini.

Mohd Ali berkata lagi, sebagai orang Melayu, saya sering di ingatkan supaya sentiasa mengenang budi mereka yang telah banyak menabur bakti. Oleh itu pembinaan makam ini dapat memberikan penghormatan kepada yang berjasa besar ini. Saya pasti jenazah yang akan dimakamkan di sini amat mengharapkan belas ihsan rakyat untuk mengampunkan beliau kerana ia lebih bermakna dari dari penghormatan dimakamkan di sini.

Makam kat mana sekalipun kalau seseorang pemimpin itu memimpin dengan adil berlandaskan hukum Allah, tidak mengamalkan rasuah, nepotisme, kronisme, telus, tidak menyalahgunakan kuasa, tidak menipu, tidak zalim, tidak bongkak, tidak ego, tidak tamak kuasa, tidak mengamalkan rasuah politik (politik wang) dan sebagainya Insya Allah beliau akan selamat di dunia dan akhirat.

Satu lagi yang ingin saya tekankan ialah berapa duit rakyat digunakan untuk membina makam itu (masih masih mencarinya berapa kos sebenar). Di saat rakyat terhimpit dan tertekan dengan kenaikan harga minyak dan barangan ini sepatutnya wang yang digunakan untuk membina makam itu lebih baik digunakan untuk membantu rakyat yang susah dan miskin.

Nanti saya postingkan gambar makam tersebut.

Comments

mek chabang4 said…
macam mekchabang4 ini boleh ke dikebumikan dimakam ini,mek srikandi juga.