KETUA MENTERI TAK NAMPAK ATAU TAK PERASAN?

Blog Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam di dalam Blognya meletakkan tajuk 100 HARI YANG CEMERLANG untuk salah satu postingnya. Beliau mengulas tentang pemerintahan kerajaan BN yang dibentuk selepas pilihanraya umum ke 12, 8 Mac lalu.

Saya merasa hairan dari sudut manakah Mohd Ali lihat, adakah dari sudut politik, pembangunan atau ekonomi.

Di akhir posting beliau itu Mohd Ali menukilkan ayat di bawah ini :

Dengan ini jelas, slogan Selamat, Aman dan Makmur yang dipelopori BN telah memberi segnefikasi yang amat bererti kepada rakyat di Negeri ini yang dikuasai dua pertiga oleh kerajaan BN. Syabas dan tahniah kepada penyokong setia BN yang sekali lagi memberi mandat kepada kerajaan yang sedia ada (BN) untuk terus menerajui Negara ini demi masa depan kita bersama. Selamat maju jaya.

Saya berasa hairan adakah Mohd Ali tidak nampak bahawa rakyat sebenarnya tidak Selamat, Aman dan Makmur.
Adakah Mohd Ali tidak sedar bahawa majoriti rakyat Semenanjung Malaysia menolak BN seperti yang dibuktikan dari keputusan PRU 12. Cuma rakyat Sabah, Sarawak sahaja yang menyelamatkan BN.

Selamatkah rakyat jika indeks jenayah seperti rogol, rompak dan sebagai terus meningkat?
Amankah rakyat jika setiap hari ada sahaja kes pembunuhan, rompakan, rogol dan sebagainya?
Makmurkah rakyat jika harga barangan keperluan saban hari naik melambung disebabkan kenaikan harga minyak?
Makmurkah negara kalau pemimpin Umno, Gerakan dan lain-lain sebagai komponen BN yang memerintah negara bercakaran sesama sendiri?

Rakyat miskin semakin bertambah, inflasi kian meruncing tetapi pada masa yang sama pemimpin terus melaksanakan projek-projek bernilai jutaan ringgit yang belum tentu memberikan manfaat kepada rakyat.

Yang Selamat, Aman dan Makmur adalah Mohd Ali dan pemimpin-pemimpin BN...............

Comments

emy said…
Sdra Sofi,
1.saya kagumi semangat dan juga kesungguhan sdra dalam menegakkan kebenaran dan juga perpaduan sesama ummah. Tetapi, kadang-kala kita juga perlu muhasabah diri tentang apa juga yang berlaku.

2. Bukanlah kerana saya orang UMNO saya menulis sebegini rupa. Tapi saya yakin dan penuh percaya bhw Ketua Menteri kita telah berusaha sedaya upaya dalam meningkatkan ekonomi negeri Melaka juga ekonomi rakyatnya di dalam pelbagai sudut.

3.Memanglah, saya dan kwn2 juga turut merasa tersepit dan terhimpit dengan keadaan sekarang yang mana harga mINYAK NAIK, barang naik... Akan tetapi, di Melaka ini banyak kemudahan yang boleh disalurkan kepada rakyat yang kurang berkemampuan.. anak nak belajar, orang OKU,PPRT dsbgnya (tak perloulah saya nyatakan panjang lebar...saya kira sdra pun arif cuma mungkin sdra buat tidak nampak dan juga buat2 tidak perasan...).

4. Mungkin boleh dicadangkan kita boleh buat dialog atau sesi brainstorming . Saya kira background saudara juga yang arif dalam perihal kewangan dan ekonomi mungkin boleh berkongsi dengan orang melaka yang lain.Cara bagaimana untuk mengatasi masalah yang berlaku kini...

5. Saya bukan nak meyalahkan sesapa tapi sama seperti sdra. Cuma Ingin mencari jalan yang terbaik bagi kesemua permasalahan yang berlaku. Bagi permasalahan remaja masa kini, itu bukan hanya masalah Ketua Menteri Melaka. Tetapi bebannya itu terletak pada bahu kita semua. UMNO, PAS, Pemuda tak kra pas dan UMNO. Puteri UMNO, An nISA, Wanita dan Juga Muslimat...semua tidak berkecuali mungkin hanya cara kita sahaja yang berbeza.

wallahualam