KERAJAAN SELANGOR MULA TERUJI

Kerajaan Selangor mula diuji dengan ujian dalaman di mana didakwa salah seorang pegawai kanan Menteri Besar terlibat dengan salah laku atau penyalahgunaan kuasa. Sesungguhnya ujian sebegini memang akan dihadapi oleh mana-mana kerajaan kerana lubuk duit atau projek memang ada di depan mata.

Sekiranya seseorang itu tidak kuat iman dan tiada ketahanan diri sudah pasti akan terjerumus ke kancah sedemikian. Hal ini juga di dakwa berlaku di Kelantan dan Terengganu (1999-2004) tetapi kedua-dua kerajaan ini berjaya mengekang bibit-bibit pembabitan pegawai mereka dalam kes rasuah. Akhirnya ketelusan dan keikhlasan mereka teruji dan diperlihara oleh Allah.

Saya tidak menuduh Pegawai Kanan MB Selangor itu bersalah sehinggalah beliau dibuktikan bersalah. Apa yang ingin saya nukilkan di sini ialah semua individu yang memegang apa juga jawatan di kelima-lima kerajaan Pakatan Rakyat mestilah mengutamakan integriti dan keikhlasan dalam menjalankan tugas.

Rakyat tidak mahu adanya unsur pilih kasih, penyelewengan, rasuah dan sebagainya menjadi 'zikir' mereka. Kita mahu perangai buruk dan jijik pegawai-pegawai BN diteladani oleh pegawai-pegawai kerajaan Pakatan Rakyat.

Semoga Allah memelihara Tuan-tuan semua.

Comments