KASIHAN NAJIB MENGAPA BELIAU JADI SASARAN ???????

Kasihan Najib Tun Razak sejak kes pembunuhan Altantuya, anak Tun Razak ini tak senang duduk. Berdiri salah, duduk salah, baring salah tidur pun salah. Apa tidaknya semua orang menuding jari dan mencemek muka menuduh pembunuhan Altantuya ada kaitan dengannya. Apatah lagi orang kepercayaannya terlibat sama dan dibicarakan di Mahkamah.

Sejak itu macam-macam gambar keluar, walaupun gambar itu superimpose tapi beliau sudah tentu tidak nyenyak tidur.

Malah serangan yang dilontarkan oleh Anwar berkenaan isu Altantuya dan komisen kapal selam benar-benar menghantui dirinya. Itu belum hantu Altantuya mengacau tidur beliau. Kalau tidak sudah tentu anak kesayangan negarawan negara kita ini kurus kering dibuatnya.

Kita masih ingat bagaimana Anwar menyerang Najib bertubi-tubi ketika Pilihanraya Kecil Ijok dahulu. Najib terpaksa menggunakan 'kedua-dua' belah tangan untuk menepisnya.

Kini isu terbaru pula timbul. Anwar dituduh MELI*AT seorang anak muda 23 tahun pula. Wartawan dan pemerhati politik meng'keneng'kan isu ini terlibat dengan Najib. Najib lagi....tak ada orang lain ke. Berhempas pulas si bibir merah ini menafikan beliau terlibat.

Hari ini berbuih-buih mulut beliau menafikan dirinya dan kerajaan terlibat dalam konspirasi menuduh Anwar 'Kaki LI*AT'.

"Kerajaan BN (Barisan Nasional) tidak pernah mengancam nyawanya (Anwar) dan tidak terlibat dalam sebarang perbuatan mengugut atau mencederakan ahli politik di Malaysia.

"Kita tidak bercadang berbuat demikian. Itu bukan amalan kerajaan BN," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen selepas mempengerusi mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pekerja Asing, demikian menurut laporan Bernama.

Comments

alah...anwar 2 memang kaki liwat...cerita dia aku dah dengar masa dia kat mckk dulu lg...klu x percaya tanyalah bekas guru2 kat sana...