KAKI-KAKI BUSUK TAWAR DIRI BERTANDING DALAM PARTI BUSUK

Kalau sebelum ini Bekas Naib Presiden Umno, Isa Samad yang didapati bersalah dengan rasuah politik (politik wang) menawarkan diri bertanding pada pemilihan Umno Disember ini, kini tiba pula giliran Rahim Thamby Chik, bekas Ketua Pemuda Umno yang terlibat dengan skandal seks suatu ketika dahulu menawarkan diri untuk bertanding.
Memang dalam Umno ini jawatan sebegini amat penting untuk mendapat kuasa dan kekayaan. Rahim sebenarnya memang telah lama buat kerja untuk comeback. Walaupun Rahim tewas pada pemilihan Bahagian Umno Kota Melaka pada pemilihan lalu tetapi beliau menang jawatan Ahli Majlis Tertinggi Umno kerana memang orang Umno suka orang busuk macam dia ni.
Isa Samad belum berani mengumumkan jawatan apa yang akan ditandinginya manakala Rahim Thamby Chik semalam mengumumkan bahawa beliau akan bertanding jawatan Naib Presiden.

Kedua-duanya memang busuk (Alhamdulillah kalau dah taubat) dan duduk dalam parti busuk, Umno. Oleh kerana Umno parti busuk maka orang-orang busuk macam mereka berdua pun berani lagi bertanding dalam parti busuk kerana mereka tahu dalam Umno orang busuk pun boleh menang dan diterima menjadi pemimpin.

Maka kita tidak hairan kalau kedua-duanya menang pada pemilihan nanti kerana bagi Umno, orang busuk lebih senang hendak dikawal kerana orang macam ini tidak berani untuk lawan towkey.
Mudah sahaja hendak kawal Orang Busuk ini, tunjukkan sahaja file kes-kes mereka, sudah tentu mereka akan kecut perut dan tidak berani melawan, terus tunduk macam pokok semalu. Mereka akan mengiyakan sahaja apa kata bos...yes boss, betul boss, bagus boss, saya turut perintah boss ....cium tangan boss lagi.

Comments

walu pun ko kata dia busuk tp x sebusuk anwar kerana main belakang...main belakang lg busuk beb..ada tahi...ish...