DEMO DI DATARAN PAHLAWAN DAPAT SAMBUTAN HEBAT

Demonstrasi di depan pintu masuk Mega Mall Dataran Pahlawan petang tadi mendapat sambutan hangat apabila disertai kira-kira 500 orang.

Polis yang tiba dari awal berkumpul dikawasan demo sejak jam 2.00 petang lagi. Seperti demo-demo sebelum ini pihak Polis tidak membenarkan penganjur menggunakan 'hailer' ketika memberikan ucapan.

Peserta demo meneriakkan reformasi, turun minyak, turun Pak Lah dan bertakbir meriuhkan suasana di hadapan Mega Mall tersebut. Ianya telah menarik ramai diantara pengunjung Mega Mall dan Mahkota Parade untuk bersama-sama menyertai demo tersebut.

Ramai pemerhati menyifatkan demo hari ini berjaya kerana ianya mendapat sambutan yang baik dari para pengunjung kawasan tersebut serta juga pemandu-pemandu kenderaan yang lalu lalang di kawasan tersebut.

Antara pemimpin Pakatan Rakyat yang menyampaikan ucapan pada demo tersebut ialah Ketua Angkatan Muda Keadilan Melaka, Tan Seng Toh, Timbalan Pengerusi Perhubungan PKR Negeri Melaka, Yusof Abdullah dan Ahli Jawatankuasa Angkatan Muda Keadilan Pusat, Ginnie Lim dan Ketua Penerangan PAS Negeri Melaka.

Demo turut disertai oleh Setiausaha Badan Perhubungan PAS Negeri, Harun Mohamed, Timbalan Ketua Dewan Muslimat Negeri Melaka, Hajah Sofiah Ahmad, pimpinan PKR dan PAS Bahagian dan Kawasan.

Demo anjuran Pakatan Rakyat dan PROTES tersebut merupakan siri kelima demo yang dianjurkan oleh rakyat Melaka selepas di adakan di Pekan Masjid Tanah, Pekan Jasin, Melaka Sentral, Air Terjun Bukit Sebukor Bukit Baru.

Comments

wahai penyokong pas....knape lah kamu semua x pernah guna akal, bahawa kenaikan harga minyak adalah masalah global.andainya kita(malaysia)mengurangkan harga minyak mesti yahudi akan beli utk stok dan penyeludupan minyak akan berluasa.oleh itu kerajaan berusaha memulang balik dgn cara yg lain.guna lah akal wahai penyokong pas.

penyokong pas, adakah kamu semua sedar bahawa kamu ni semua bersetongkol dgn org cina(DAP) yg lahanat...DAP pernah menghina kita org melayu...sedarlah wahai sahabat ku...sekiranya DAP berkuasa habislah kita org melayu.tengoklah apa dah jd di penang BEB dihapuskan dan selangor MB seolah2 x ada kuasa menyekat kerana church terbesar di asia akan dibina tanpa keputusan MB.Di Perak, dimana sahaja tmn2 rumah ibadat cina, india dan church boleh dibina..itu semua adalah desakan DAP lahanat...renungkan lah wahai sahabatku semuslim...Malaysia negara melayu yg beragam islam bukan negara bangsa lain.
husry said…
salam,saudara sofi...satu pembohongan yg saudara sofi lakukan dalam artikel ini..sambutan hebat?500 org yg protes..

saya ada didataran pahlawan dari awal aktiviti x berfaedah ini hingga polis tiba hanya lebih kurang 100 org sahaja ataupun kurang dari jumlah tersebut..yg ada pun hanya insan yg berkopiah kononnya menjuangkan hak rakyat..knp harus berbohong utk tujuan ini..saya lihat hanya laungan kosong dan kebencian sahaja pada hari tersebut..

sedih saya lihat org melayu sebegini rupa kerana ada seorg peniaga berbangsa cina berkata pada saya "buat apa mahu bising2,kerja lagi kuat lagi bagus lah"..saya hanya mampu tersenyum sahaja..

saya kagum dengan semangat perjuangan saudara sofi ttp biarlah dengan fakta yg betul dan tepat dan memikirkan kesan kepada para pembaca..bukan harapan untuk membenci tetapi harapan untuk menilai sesuatu dgn lebih kritis dan dinamik..

ikhlas..