CERAMAH USTAZ RIDHWAN MENARIK

Malam tadi saya berceramah dengan Ahli Jawatan Kuasa Dewan Pemuda PAS Pusat yang juga Pengerusi FORKAD, Ustaz Ridhwan Mohd Nor di Dataran Pejabat PAS Kawasan Bukit Katil.

Hebat ceramah Ustaz Ridhwan malam tadi yang menceritakan jerih payah sahabat-sahabat di Selangor menghadapi Umno/BN sebelum BN menang. Berapa masjid yang dikunci, di'seal' dan ditutup oleh JAIS (Jabatan Agama Islam Selangor) Berapa ramai Ustaz-ustaz yang ditangkap atas 'kesalahan' memberikan ceramah tanpa tauliah?. Semua ini sahabat-sahabat di Selangor dah lalui, tetapi mereka tetap istiqamah sehinggalah Allah S.W.T memberikan kemenangan kepada Islam.

Beliau juga memaklumkan bahawa sekarang ini surau dan masjid di Selangor penuh dengan program-program seperti kuliah, tazkirah, forum dan sebagainya. Kehadiran masyarat setempat amat membanggakan sehingga ribuan manusia datang ke masjid dan surau. Jadi tidak hairan katanya, kalau PAS dapat menawan semua kerusi di pedalaman Selangor yang kini dikuasai pembangkang (BN).

Comments