CAJ PARKING DAN PEMUNGGAHAN BARANG DI PASAR BORONG NAIK. PENIAGA BANTAH

Pagi ini saya bersama tiga orang YB dari DAP iaitu Ahli Parlimen Kota Melaka, YB Sim Tong Him; YB Goh Leong San, ADUN Kesidang; YB Khoo Poay Tiong, ADUN Ayer Keroh melawat Pasar Borong Melaka, di Batu Berendam.

Saya meninjau permasalahan peniaga-peniaga Pasar Borong dan pengunjung-pengunjung Pasar Borong yang tidak lama lagi akan dikenakan kadar caj parking yang baru. Mengikut kadar lama caj parking adalah RM1.00 untuk kereta dan RM3.00 untuk lori. Manakala untuk pemunggahan sebuah lori dikenakan RM3.00 sekali masuk.

Kadar baru pula ialah RM3.oo untuk parking dan setiap jam berikutnya akan dikenakan RM5.00 sejam. Ini bermakna jika sesebuah kereta diletakkan 3 jam di kawasan tersebut maka, tuan kereta tersebut membayar RM15.00 sejam.

Kawasan Parking Pasar Borong ini diuruskan oleh Syarikat Abimilin Harta Sdn Bhd.

Dari tinjauan saya, didapati semua peniaga dan pengunjung Pasar Borong ini membantah kadar baru Parking ini yang disifatkan membebankan mereka. Malah kadar caj adalah melampau. Ia adalah kadar caj tertinggi di Malaysia.

YB Sim dalam kenyataan akhbarnya kepada media menyifatkan kadar caj cukup membebankan peniaga dan pengunjung. Beliau mengharapkan syarikat yang mengendalikan parking supaya membatalkan hasrat untuk mengenakan kadar caj yang baru ini.

Saya menyifatkan kadar caj tidak masuk akal. Kadar ini mungkin sama dengan dengan kadar caj parking di Bandaraya-bandaraya besar di dunia.

Ianya amat tidak logik dan membebankan peniaga dan pengunjung. Dalam keadaan harga minyak dan harga barang yang semakin tinggi, peniaga dan pengunjung Pasar Borong terpaksa pula membayar kadar caj parking yang tinggi pula.

Saya bimbang nanti tidak ramai yang datang ke Pasar Borong disebabkan terpaksa membayar parking yang tinggi. Jika keadaan ini berlaku sudah tentu perniagaan para peniaga akan terjejas. Bayangkan orang ramai terpaksa membayar parking yang tinggi dan juga harga ikan dan sayur-sayuran juga tinggi.

Jadi sudah tentu peniaga akan rugi, pengunjung terpaksa berbelanja lebih dan semua orang terkena bahananya.

Oleh itu saya menggesa syarikat Abimilin Harta Sdn Bhd membatalkan hasrat untuk menguatkuasakan kadar baru ini. Saya mengharapkan kerajaan negeri dan MBMB memastikan kadar caj baru ini tidak dikenakan oleh Abimilin Harta Sdn Bhd.

Comments

aku benci bila dgr org melayu bawa org cina lahant 2(DAP) membantah kerajaan..ko org tak leh buat sendiri ker...knapa nak bawak cina sial 2...cina 2 semua klu dpt kuasa mati kita bodoh..diaorang 2 bertopeng jer...ko ingat dia fikir ke masalah melayu..?bangun melayu...jgn kita di bodohkan oleh cina sial 2...