BN TAKUT PILIHANRAYA KECIL - ANWAR BERTANDING?

Mungkinkah laporan bahawa Anwar meli#at di buat bagi menghalang beliau bertanding pada Pilihanraya Kecil yang bakal diadakan apabila Ahli Parlimen PKR akan mengosongkan satu kerusi sebagaimana yang dirancang oleh Anwar dan kepimpinan PKR?

Anwar dalam kenyataannya memberitahu bahawa PKR akan mengumumkan keputusan untuk mengosongkan kerusi tersebut minggu ini juga dan beliau yakin Polis mengetahuinya.

Beliau juga menyatakan jika berlaku Pilihanraya Kecil itu Ahli-ahli Parlimen Umno dan ahli-ahli Umno telah berjanji untuk berkempen membantu beliau menentang calon BN. Ini yang membuatkan kepimpinan negara semakin gusar.

Dalam kenyataannya Anwar sudah tidak yakin dengan perjalanan perundangan negara seperti yang dialami beliau sedekad yang lalu. Oleh kerana itulah beliau terpaksa berlindung di Kedutaan Turki sehinggalah kerajaan memberikan jaminan yang konkrit bahawa keselamatannya dan keluarga beliau terpelihara.

Bagaimana anda boleh percaya kalau sebelum ini mereka telah mencipta bukti di Mahkamah, apakah mereka mahu saya mempercayai proses itu lagi? Tanya beliau.

Jelas sekali Anwar benar-benar yakin bahawa beliau akan dianiayai sekali lagi. Sebab itu beliau terpaksa berlindung di Kedutaan Turki, walaupun mungkin ada orang yang merasakan tindakan beliau ini seolah-olah seperti orang bersalah.

Gambar : Anwar dikeliling oleh pimpinan PKR dan penyokongnya ketika mereka membaca laporan Polis yang dibuat oleh pembantunya, Saiful Bukhari Azlan.

Sumber : Malaysiakini

Comments

anwar oh anwar..klu dah hobi 2 ngaku sajalah...bukan senang seseorang 2 nak mengaku diri dia diliwat...pemeriksaan akan dibuat dr semua segi..si saiful 2 kena check gilanya kat hospital..fikirlah anwar...buatlah tabiat 2...jgnlah tuduh kerajaan lak..ko yg dah sedap kerajaan lak yg x betul..ko pergi jerlah saman saiful 2...