BN PULAU SIDANG DUN PERAK ......SABAR LA IKUTLAH PERATURAN DEWAN


Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri Perak dari BN memulaukan Sidang DUN hari ini. Kesemua 28 Ahli Dewan Undangan Negeri Perak Barisan Nasional (BN) mengambil tindakan memulau sidang Dewan Negeri Perak kerana keputusan Speaker Dewan yang tidak membenarkan ADUN Kubu Gajah Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar berucap.

Raja Ahmad Zainuddin ketika dihubungi memberitahu Agendadaily, menurut Setiausaha Dewan, berdasarkan giliran, beliau sepatutnya berucap. "Tapi saya tidak dibenarkan kerana kerajaan negeri bimbang untuk berhadapan dengan isu-isu yang akan saya bangkitkan," katanya.

Takkan YB semua marah kot. Speaker ada hak menggunakan budi bicaranya samada membenarkan atau sebaliknya seseorang ADUN berucap. Mesti ada sebabnya yang konkrit mengapa YB Kubu Gajah (bekas Ahli Parlimen pencen yang satu ketika 'bukan main hebat' di Parlimen) tidak dibenarkan berucap. Kesihan anak Raja ini berangan-angan sekurang-kurangnya nak jadi Exco selepas PRU 12 tiba-tiba terpaksa jadi wakil rakyat biasa lepas tu jangan pembangkang pulak .............dulu di Parlimen begitu garang berhadapan dengan pembangkang kini sendiri pembangkang...

Dengar cerita Menteri Besar Perak yang pencen Tajol Rosli pun tunjuk taring dalam sidang DUN tersebut ........Tajol membangkitkan isu Menteri Besar Perak ada membuat kenyataan Tajol Rosli tidak bersalam dengannya, sedangkan isu sebenarnya Menteri Besar Perak menjelaskan Tajol Rosli tidak pun melakukan serahan tugas secara rasmi seperti yang dilakukan oleh bekas Menteri Besar Selangor, Kedah dan bekas Ketua Menteri Pulau Pinang.

Satu lagi isu yang dibangkitkannya ialah isu Pengarah Jabatan Agama Islam yang kini telahpun dilupai oleh orang ramai, tetapi bekas Menteri Besar itu 'menghidupkannya kembali' dan menggunakan dewan untuk 'menyerang' DAP dan Menteri Besar Perak.


Selain itu isu kafir telah dihidupkan semula oleh Tajol Rosli, kononnya pemimpin PAS telah mengkafirkan pemimpin Umno kerana berkawan dengan MCA dan MIC, tetapi sekarang PAS dan DAP sudah berkawan baik.

Isu yang ditengahkan bekas Menteri Beasar itu sudak tidak relevan lagi dan dianggap sudah lapok.

Dalam sidang dewan tersebut beliau cuba menjadi 'jaguh' untuk mempertahan dan membela akhbnar Utusan Melayu, dalam masa sama menuduh Kerajaan Pakatan Rakyat tidak mengamalkan kebebasan media apabila bertindak memboikut akhbar tersebut.

Beliau menyerang DAP kononnya peranan DAP yang telah membawa kepada Kerajaan Pakatan memboikat Utusan dan tindakan memboikat akhbar Utusan katanya bertujuan untuk menutup akhbar milik Melayu. , Sabar YB ... sabar..sekarang YB jadi Ketua Pembangkang bukan MB....'title' pun dah tukar dari YAB kepada YB takkan YB tak perasan kot .........SABAR YB SABAR.

Comments