BEBERAPA PENAMBAHAN FAKTA KEGAGALAN ALI RUSTAM SELEPAS 100 HARI MEMERINTAH ....CATATAN BROTHER DAMIAN YEO

Terima kasih kepada Damian kerana menambah beberapa fakta lagi tentang pemerintahan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam setelah 100 hari berakhirnya PRU 12. Memang banyak mungkin tidak cukup untuk kita tuliskan di sini ....
Di bawah ini dinyatakan fakta-fakta tersebut seperti tercatat di dalam blognya http://damianslyeo.blogspot.com/ :-

a) Bayaran atau kelewatan pembayatan kepada kerja-kerja kontrak di bawah kroni-kroni Ketua Menteri menyebabkan ramai-ramai subkontraktor yang susah dan merana tidak dapat 'payment'.

b) Banjir yang melanda kawasan bandaraya dan Masjid Tanah dan kegagalan membuat persediaan menghadapi banjir hanya kerana ingin mengindahkan Sungai Melaka
c) Banyak Menara Telco di bina di kawasan perumahan

d) Penguatkuasaan melampau oleh MBMB ke atas peniaga-peniaga kecil dan pengusaha di Taman Melaka Raya tanpa notis

e) Gagal memulihara dan mengekalkan tempat-tempat bersejarah atau 'buzzer zone'.
f) Gagal mewakili orang Melaka untuk mendapatkan kelulusan UNESCO untuk Bukit Cina

g) Menjadikan Melaka sebuah mini DISNEYLAND yang menyebabkan berlakunya kesesakan jalan dan pembaziran wang rakyat

h) 6 kali berlakunya 'blackout' dalam Dun Duyong ever sejak PRU 12

i) Membangun 3 projek bandar mega yang melibatkan 3 daerah ...(Membelanjakan duit rakyat dengan banyak

j) Meneruskan projek-projek yang tidak perlu dan tidak sepatutnya yang akhirnya menjadi Gajah Putih

k) dan banyak lagi ...........

Comments