ALI RUSTAM LAH YANG SEPATUTNYA BERBASIKAL ATAU JALAN KAKI KE PEJABAT

Ali Rustam di dalam blognya menasihatkan empat Ahli Parlimen Pakatan Rakyat berbasikal ke Parlimen tempohari komited menaiki basikal, jangan hanya sehari sahaja, katanya.

Dalam blognya Ali Rustam menulis "Saya ingin cadangkan kepada 4 Ahli Parlimen pembangkang yang naik basikal ke Parlimen naik basikal setiap hari selagi mereka jadi Ahli Parlimen bukan satu hari sahaja. Barulah berkorban dan rasa hidup berbasikal setiap hari kerana saya dimaklumkan inilah kali pertama mereka naik basikal kalau tidak berkereta sahaja."

Saya ingin mencadangkan kepada Ketua Menteri Melaka ini bahawa beliaulah yang sepatutnya menaiki basikal ke Pejabatnya di Seri Negeri kerana jarak dari rumah besarnya itu ke pejabatnya tidak sampai 1 km kalau lebih-lebih pun mungkin 1.5 km. Malah dengan jarak yang sedekat itu Ali Rustam sepatutnya berjalan kaki sahaja.

Malangnya sehingga kini tidak pernah Ali Rustam berjalan kaki atau menunggal basikal ke pejabatnya yang boleh dikategorikan jaraknya hanya 'sepelaung' sahaja.

Sudah berapa banyak duit rakyat dihabiskan untuk membayar minyak kereta Ali Rustam dari yang digunakan untuk 'memunggah'nya dari rumah ke pejabat dan dari pejabat ke rumahnya. Sudahlah kereta Ali Rustam road tax 'free', minyak 'free', drebar 'free' semua 'free'.

Rakyat bawahan yang berpenat lelah membayar minyak kereta Ali Rustam terpaksa mengikat perut dan berjimat untuk memastikan anak pinak mereka dapat makan dan bersekolah.

Comments