ALI RUSTAM HINA MERLIMAU?

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam telah menghina orang Merlimau apabila mengkategorikan Merlimau sebagai pekan kecil. Dakwaannya itu samalah menganalogikan Merlimau sebagai pekan 'cowboy' dalam drama koboi 'High Chaparral' (betul ke ejaan ni).

Memang tidak dinafikan Ali Rustam sejak menjadi Ketua Menteri tak habis-habis menbawa projek pembangunan ke kampungnya Bukit Katil. Semuanya di Bukit Katil...bomba, kompleks pentadbiran negeri, Jabatan Kimia, Mahkamah dan lain-lain semua dalam parlimen Bukit Katil.

Ini menyebabkan rakyat didaerah lain meluat kepada Ali Rustam ini yang jelas menganaktirikan kawasan lain.

Mudah sahaja kalau kita hendak mengajar Ali Rustam ni, jatuhkan beliau pada Pilihanraya Umum ke-13 nanti, sudah tentu kita akan dapat Ketua Menteri yang baru.

Di bawah ini saya muatkan tulisan Blogger Sebolku yang berasa terhina akibat kata-kata Ali Rustam terhadap Pekan Merlimau. (Gambar hiasan Arked Mara Merlimau).
Ali Rustam begitu menghina penduduk Merlimau dengan menggambarkan ianya sebagai pekan kecil walhal ianya sudah bertaraf bandar sejak tahun 80an lagi. Taraf Bandar bagi Merlimau adalah berdasarkan kepadatan penduduk.

Ya, Rupa Merlimau memang seperti pekan kecil, ianya adalah disebabkan oleh dasar kerajaan negeri Melaka yang terlalu mementingkan pembangunan di daerah lain.Pembangunan di daerah Jasin lebih tertumpu kepada "pekan" Jasin. Maka "Pekan" Jasin kelihatan lebih besar dan lebih maju akibat daripada segalanya yang melibatkan kedaerahan diletakkan di Jasin.

Walhal hakikatnya lebih separuh penduduk daerah Jasin itu berada di Merlimau, (DUN Serkam, DUN Merlimau dan DUN Sungai Rambai).Merlimau sepatutnya mengepalai Daerah Jasin, dan patut diberi nama Daerah Merlimau.

Walaupun tanpa penumpuan kerajaan negeri terhadap Merlimau, orang-orang Merlimau tetap lebih menonjol dalam sesuatu yang berkaitan dengan daerah Jasin.

Ahli Parlimen Jasin, orang Merlimau atau Jasin?Ketua Pemuda PAS Jasin, orang Merlimau atau Jasin?

Blog Jasin Daily, orang Merlimau atau Jasin?

Perlukah saya lakukan kempen menukar nama daerah Jasin kepada Daerah Merlimau? Supaya rakyat yang lebih ramai penduduk di kawasan pantai lebih menikmati pembangunan?

Comments