LAGI MUDAH UNTUK KITA MEM'BLOG' LEPAS INI

Datuk Shaziman Abu Mansor menteri yang menjaga hal ehwal komunikasi dan air memberitahu semalam bahawa Pengguna Internet di negara ini bakal menikmati kemudahan lebih pantas berkali ganda, setanding dengan komuniti maya negara-negara maju melalui projek pembangunan infrastruktur jalur lebar yang diumumkan oleh kerajaan Islam Hadhari semalam.

Kemudahan baru itu bakal melonjakkan Malaysia ke tahap dunia siber seperti di Hong Kong, Korea dan Singapura yang memberi impak besar kepada sosioekonomi rakyat.

Ia umpama pembukaan sebuah lebuh raya yang akan memudahkan pelbagai aplikasi dimanfaatkan sepenuhnya seperti e-kerajaan, e-kesihatan, e-pendidikan, telekerja (bekerja dari rumah), e-pembayaran dan TV dengan Protokol Internet (IPTV).

Melalui kemudahan itu, orang ramai akan lebih mudah berurusan dengan kerajaan secara dalam talian.

Penekanan juga akan diberikan kepada aspek pembangunan kandungan dan pelbagai aplikasi dalam talian seperti perkhidmatan perbankan dan pembelian tiket.

Alhamdulillah lepas ini lebih senang kita semua memblog dan menyebarkan maklumat alternatif kepada semua rakyat.

Di harap juga kerajaan dapat menyediakan peralatan komputer kepada sebahagian besar rakyat. Mungkin kerajaan boleh memberikan peruntukan PC atau laptop kepada rakyat dan jangan lupa mengajar mereka melayari internet juga.

Marilah semarakkan lagi dunia blog dan internet ini supaya dapat menyaingi Tukang-tukang karut BN dan Umno yang kerja mereka memfitnah dan mengelirukan pemikiran rakyat.

Comments

Hasbullah Pit said…
Bagi saya bukan kelajuan jadi ukuran, tetapi penetrasi di kawasan luar bandar yang lebih penting.