AIRPORT BARU .........SIAPKAN PENYUMBAT TELINGA

Pembinaan Lapangan Terbang Batu Berendam sedang pesat dijalankan. Dengar cerita lapangan terbang ini mampu menjadi lapangan pendaratan Airbus A320.

Besar flight tu, bukan macam 'light aircraft' yang bunyinya tidak berapa kuat tu. Bunyinya juga jauh lebih bingit dari Charlie atau Carribou (betul ke ejaan). Kalau macam tu, nanti kehidupan penduduk yang tinggal di sekitarnya sudah tentu terganggu. Apa tidaknya anak-anak kecil sudah tentu terganggu tidurnya. Malah mak dan bapak mereka juga sudah tentu tidak berapa seronok untuk berdengkur.

Antara kawasan yang sudah pasti mengalami gangguan bunyi bising ini ialah Taman Sutera Belia, Taman Sutera Wangi, Taman Mas Merah, Taman Seri Selendang, Taman Merdeka, Taman Merdeka Jaya, Taman Thamby Chik Karim dan Taman Angkasa Nuri. Serta juga ada beberapa kampung berdekatan seperti Pulau Samak dan lain-lain. Mungkin ada taman-taman baru lain yang saya tak ingat atau tidak tahu. Maaf tak dapat senaraikan.

Nampaknya silap-silap puak-puak dari taman-taman tersebut mungkin terpaksa berpindah kerana tidak tahan, telinga boleh menjadi tuli dan pekak.

Saya mengharapkan selepas ini kerajaan BN Melaka membuat kajian kesan pencemaran bunyi di kawasan tersebut kerana kita bimbang ianya akan menjejaskan kesihatan semua penduduk sekitar. Jika hasil kajian nanti membuktikan ianya menganggu kesihatan mereka, maka penduduk tersebut mesti dipindahkan dan yang penting pampasan mereka diberikan kepada mereka.

Saya takut nanti semua taman-taman di sekitar lapangan terbang tersebut di panggil Taman pekak sebab semua penduduknya cacat pendengaran. Sebagai contoh Taman Angka Nuri di panggil Taman Angkasa Nuri Pekak. Ha ha ha

Jangan kita mengorbankan kesihatan rakyat dengan pembangunan.

Comments

abu said…
Memang betul apa jenis pesawat yang akan mendarat di Airport Batu Berendam akan bunyi bising. Tapi bukan kah Airport ini telah digunakan oleh pesawat lain seperti LionAir, Merapati Nusanatara dari negeri sebarang? Setahu saya Airport ini mungkin diantara yg tertua di Malaysia. Penrnah kesana untuk penerbangan Melaka-Singapore MalayanSingapore Airlines kalau tak silap tahun 1963

Bagi penduduk yang telah memilih untuk membeli atau tinggal disana sudah tentu tahu tentang hal ini. Lainlah kalau lapangan terbang ini dibina selepas Taman Taman yang terlibat sudah dibina.
syajime said…
salam...
memang kat situ dah ada airport.. Tapi ia utk kapal terbang kecil yang impak bunyi nya tak berapa kuat.
Sekarang, bila dibesarkan bagi kegunaan kapal yg lebih besar impak bunyi pasti juga kuat.
Soalannya... adakah telah ada kajian tentang impak2 tersebut pd penduduk setempat. Cuba tgk kat Taman Merdeka area Jalan Chengal, dekat sangat, cuma belakang rumah je. 1 lagi area taman seri bayan, bila kapal landing dekat sgt dengan rumah penduduk.
Bukan maknanya tolak pembangunan, tpi biarla menguntungkan semua pihak...