Ternyata walaupun baru 7 bulan ditubuhkan Parti AMANAH Negara (AMANAH) mampu memberikan impak besar kepada politik negara kita. Kejayaan mereka meletakkan 13 calon pada PRN Sarawak kali ini memang membuktikan keupayaan mereka untuk pergi lebih jauh dalam politik tanahair.
Kejayaan ini dibuktikan lagi dengan kesungguhan dan komitmen calon dan petugas AMANAH yang tidak mengira masa terus berkempen mendekati rakyat di semua Dun yang mereka tandingi.
Hasilnya. selepas 4 hari kempen berjalan, sekurang-kurangnya lima dari 13 calon Parti Amanah Negara (Amanah) menunjukkan peningkatan dalam pencapaian mereka apabila kerusi mereka dikategorikan sebagai kelabu oleh Bilik Gerakan BN dan juga media di Sarawak.
Menurut sumber, kerusi Sebuyau, Balingian, Kabong, Damak laut dan Beting Maro kini dimasukkan dalam kategori kelabu oleh Barisan Nasional (BN) yang membawa makna boleh dimenangi oleh lawan mereka.
Sebuyau ditandingi tiga penjuru oleh tiga calon iaitu Datuk Haji Julaihi Haji Narawi (PBB), Haji Wan Abdillah Bin Wan Ahmad (Pas) dan Andrew Anak Jain (Amanah).
Demak Laut pula ditandingi satu lawan satu antara Dr Haji Hazland Bin Abang Haji Hipni (PBB) dan pengerusi Amanah Sarawak, Mohammad Fidzuan Zaidi.
Di Kabong pula, calon BN Mohamad Chee Kadir (PBB) akan berdepan dengan Novert Sullang (DNP) dan Jini Bin Sahini (Amanah).
Di Balingian pula pertembungan satu lawan satu antara Abdul Yakub Arbi (PBB) dan Nurzaiti Binti Hamdan (Amanah).
Di Beting Maro, calon BN, Razaili Haji Gapor (PBB) akan berdepan dengan Hamidah Binti Mokhtar (Pas) dan Andri Zulkarnean Hamden (Amanah).
Selain itu, dua lagi calon Amanah dijangka memberikan tentangan sengit kepada lawan masing-masing iaitu N26 Gedong yang diwakili oleh Rapelson Richard Hamit dan N.16 Muara Tuang yang diwakili oleh Abang Abdul Halil Abang Naili.
Rapelson, seorang OKU kini mendapat simpati pengundi selepas beliau diserang kerana kekurangan beliau padahal calon Amanah ini mempunyai banyak kelebihan termasuk menjadi orang kepercayaan anak Sarawak untuk memperjuangkan isu tanah di negeri ini.
Beliau akan berhadapan dengan calon BN, bekas menteri muda kerajaan negeri, Datuk Haji Mohd Noroden Haji Majais (PBB) yang sebelum ini bertanding di Simunjan.
Sementara itu, Abang Abdul Halil, seorang jurutera yang mewakili Amanah di Muara Tuang pula dikatakan bergerak sejak sekian lama di sini untuk bertanding kali ini.
Sebagai Setiausaha Amanah Sarawak, Abang Naili, bekas aktivis Ikram banyak dibantu oleh jentara dari NGO Islam itu.
Sumber : Mdateline
Comments
Abg mat sure tersenyum komen ambe ni
Cita2 yg sangat mengunung..kesian kamu ni..
Sebab tu kamu mudah sangat dibodohkan oleh DAP mahupun Dr M.
Lepas ni, selamat terima kemasukan calon TPM Malaysia dari Kelantan yg keluar air mata kura2 bila kena pecat.
Sesuai, sebab cita2 yang sama melaut dan mengunung tinggi.
Tak sabar2 nak ke putrajaya...maruah agama letak belakang demi cita2 yg rakus.
Sampai bila rasanya kau tak terus berpura2 dengan Islam Demokrat tajaan DAP ni.