BUDAYA MALAYSIA : SUDAH KENA BARU BERTINDAK?

Semua orang tahu kejadian banjir dan tanah runtuh di Cameron Highland yang mengorbankan beberapa nyawa dalam keadaan yang tragis. Sebelum ini sudah banyak kali pendedahan dibuat oleh pihak Pakatan Rakyat dan media tentang tingkahlaku sebahagian manusia yang tidak bertanggungjawab menjalankan kerja-kerja ke atas tanah di sana yang amat membahayakan struktur tanah dan saliran. Akhirnya apa yang didakwa akan berlaku menjadi kenyataan. Bila sudah berlaku begini semua pihak menuding jari kepada pihak lain. Langsung tidak mahu bertanggungjawab. Inilah budaya negara kita. Pemimpin politik lepas tangan, Pegawai-pegawai dipersalahkan, rakyat dimaki hamun dan pelbagai lagi tingkah laku yang meroyan. 

Sebelum ini kita tidak mendengarpun agensi-agensi penguatkuasa mahu bertindak serius terhadap apa yang berlaku di Cameron Highland itu, Bukan tidak ada laporan dan aduan dibuat. Sudah berbuih mulut pemimpin PR memperkatakan perkara ini dalam ceramah dan diskusi mereka. Sudah banyak kali laporan dibuat. Kini bila tragedi sudah berlaku barulah terhegeh-hegeh mengarahkan agensi penguatkuasa bertindak. Apa yang boleh dibuat lagi, pokok besar sudah ditebang tanpa had dan kawalan, cerun dan bukit sudah ditarah, saliran sudah menjadi caca marba, sungai sudah tercemar dan tersekat, manusia bebas melakukan apa sahaja yang mereka mahu walaupun ianya membahayakan nyawa mereka sendiri. 

Mengapa tiada kawalan??? Jawabnya adanya mungkin unsur rasuah dan penyelewengan ujud, mungkin ada tangan-tangan ghaib yang super power yang tidak boleh dihalang dan pelbagai kemungkinan lagi. Tengoklah akhirnya kita yakin tiada jerung yang ditangkap, yang kena mungkin anak-anak bilis sahaja.

Semalam Timbalan ketua pesuruhjaya (operasi) SPRM Mohd Shukri Abdull membuat kenyataan bahawa agensi itu akan menempatkan pegawainya di Cameron Highlands bagi meningkatkan pengawasan dan pemantauan agar jenayah rasuah di kawasan itu dapat ditangani secara holistik.

Katanya langkah itu dibuat susulan pemeriksaan pihaknya yang dijalankan sejak Mei tahun lepas mendapati tidak ada pusat yang khusus dan sistematik untuk orang ramai membuat aduan dengan berkesan berhubung aktiviti pembukaan kawasan pertanian secara haram dan mengenai elemen rasuah.

Mohd Shukri berkata sementara menunggu penempatan pegawai secara tetap di kawasan berkenaan diluluskan kerajaan, SPRM akan meletakkan pegawainya di kawasan itu secara sementara secepat mungkin.

Baru sekarang hendak bertindak, sebelum ini apa yang mereka buat ....atau mereka takut hendak bertindak. Inilah negara kita......wahai rakyat sama-sama kita fikirkan apa yang perku kita buat pada setiap kali kita memilih kerajaan.

Comments