ISU BANK RAKYAT : HASSAN MALEK SILA LETAK JAWATAN

Tidak berapa lama dulu tersebar cerita bahawa Menteri Jaga Barang, Hassan Malek akan meletakkan jawatan. Pada ketika itu beliau menafikan berita itu.  Rupa-rupanya memang 'Mamat' ini ada isu sebab itulah 'pokok bergoyang'. Sekarang 'angin' yang bertiup itu akhirnya terserlah apabila tiba-tiba timbul isu bank rakyat.


Semalam Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan itu yang dikaitkan dengan kelulusan pinjaman mudah RM32 juta Bank Rakyat, tidak menafikan campur tangan beliau, malah sedia disiasat.


Hasan berkata, beliau sedia disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan campur tangan dalam urusan pinjaman kepada seorang individu yang juga peniaga permaidani, yang didakwa rapat dengan Perdana Menteri.


"Kita bertindak atas dasar, undang-undang dan mengikut peraturan yang sedia ada," katanya tanpa enggan mengulas lanjut.


Beliau dilaporkan berkata demikian kepada pemberita selepas Perhimpunan Bulanan dan Sambutan Hari Penguat Kuasa KPDNKK di Putrajaya semalam.

Jadi kita mendesak supaya Hassan Malek letak jawatan segera bagi memudahkan siasatan dan pendakwaan dilakukan kepadanya jika ada bukti beliau terlibat dengan isu ini. 

Comments

Anonymous said…
Muka tampal muka tebal setebal2 nya mana nak letak jawatan. Dhlah jd menteri pun ckp mcm org x sekolah.