Kerajaan BN terus menzalimi rakyat tanpa ada belas kasihan. Terbaru kerajaan BN mengganas di Perak. Tanaman sawit rakyat yang terdiri dari semua kaum ditebang tanpa ada perundingan yang saksama dan adil.
Ikuti pendedahan oleh Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mazlan Aliman dan Pesuruhjaya PAS Perak Hj Razman Zakaria yang meninjau kawasan tanaman rakyat dizalimi tersebut.
Petang tadi saya bersama Tuan Hj Razman Zakaria, Pesuruhjaya PAS Perak dan pimpinan Pakatan Rakyat mengadakan pertemuan dengan penduduk Kg Sahom, Kampar. Kebun sawit penduduk ini yang terdiri dari masyarakat melayu, cina dan orang Asal dimusnahkan oleh Pejabat Tanah Daerah Kampar baru-baru ini atas alasan menceroboh tanah kerajaan yang menjadi rezab lebuhraya Plus.
Penduduk kampung ini sebelum PRU 13, adalah penyokong tegar BN yang mana kampung ini gagal ditembusi PR.
Berbagai janji dihamburkan pemimpin Umno kepada mereka. Antara janji BN ialah kebun sawit yang usianya antara 7-12 tahun tidak akan diganggu. Syaratnya mereka mesti mengundi BN.
Berbagai janji dihamburkan pemimpin Umno kepada mereka. Antara janji BN ialah kebun sawit yang usianya antara 7-12 tahun tidak akan diganggu. Syaratnya mereka mesti mengundi BN.
Selepas PRU 13, janji tersebut telah dikhianati. Alasan kerajaan, kebun itu berhampiran lebuhraya. Tetapi alasan itu sama sekali tidak logik kerana jaraknya lebih 1 km dari lebuhraya.
Kawasan tersebut pun tiada apa-apa perancangan pembangunan kerana jauh di pedalaman. Apa salahnya diizinkan rakyat menanam kebun sawit tersebut?
Kawasan tersebut pun tiada apa-apa perancangan pembangunan kerana jauh di pedalaman. Apa salahnya diizinkan rakyat menanam kebun sawit tersebut?
Penduduk hanya miliki 2-3 ekar setiap seorang dan mereka masih ingat segala janji pemimpin Umno. Yang lupa pada janji adalah pemimpin, bila mandat telah diperolehi.
Kebelakangan ini macam trend kerajaan BN 'menjahanamkan' rumah dan kebun penyokong mereka sendiri. Adakah ia kebetulan atau kerja Allah yang bakal meranapkan BN dalam Pru 14 akan datang?
Comments