GEMPAR : PAS MEMANG JUARA ISU BABI

Sebuah NGO yang menamakan mereka Kumpulan Pahlawan Maya Melaka (PMM) mendakwa PAS Melaka sebagai Juara Isu Babi. Memang betul PAS Melaka Juara Isu Babi. PAS menjadi juara isu ini kerana ingin memastikan keharmonian dan kebajikan rakyat terjamin. Tidak kira agama, bangsa dan ideologi mereka PAS akan membela mereka mengikut kemampuan dan bidang kuasa serta peraturan yang ada.

Dalam isu penutupan pusat sembelihan babi di Ayer Keroh, PAS juga membantu menangani isu ini seperti juga isu babi Paya Mengkuang. Kerajaan ini menutup pusat sembelihan babi di Ayer Keroh tetapi pada masa yang tidak menyediakan tempat baru itu penyembelihan babi. Kita ingin bertanya kerajaan dan PMM, apa akan berlaku kalau penternak babi menyembelih babi di merata tempat kerana tiada tempat baru disediakan setelah tempat lama ditutup. Jika ini berlaku sudah tentu ia akan menganggu umat Islam dan keharmonian rakyat. 

Oleh kerana itulah PAS mengharapkan kerajaan menyediakan tempat baru yang jauh dari umat Islam supaya mereka yang terlibat tidak sesuka hati menyembelih babi di mana sahaja mereka suka lantaran kerana tiada tempat khusus disediakan.

Selain itu PAS juga mengharapkan kerajaan menyediakan tempat yang sesuai serta memastikan ianya mematuhi undang-undang dan peraturan Jabatan Alam Sekitar tidak seperti yang berlaku di Paya Mengkuang. Peraturan-peraturan lain juga mesti dipatuhi dan kerajaan serta badan penguatkuasa mesti memastikan pemantauan dilaksanakan secara berkala.

Di bawah ini adalah kenyataan AJK Badan Perhubungan PAS Negeri Melaka Ustaz Julasapiyah Kassim pada sidang akhbar bersama pimpinan Pakatan Rakyat Melaka pada 15 April 2014 di Pejabat Adun Bukit Baru, Bukit Katil. Kenyataan ini disiarkan di media Cina pada 16 April 2014.

1) Sebelum penutupan tempat sembelihan lama kerajaan harus menyediakan tempat baru. Kita bimbang mereka akan melakukan sembelihan di mana sahaja mereka suka jika tiada tempat baru disediakan. Jika ini berlaku sudah tentu ia akan mengganggu umat Islam dan keharmonian rakyat.

2) Tempat baru yang bakal disediakan mesti lokasinya di kawasan yang bukan padat penduduk Islam bagi menjaga keharmonian rakyat berbilang kaum dan sensitiviti umat Islam. 

3) Tempat sembelih baru mesti memenuhi peraturan Jabatan Alam Sekitar dan mematuhi peraturan2 lain.

Comments