Selepas pelbagai parodi, jenaka dan ejekan, sensasi kenyataan 'kangkung' Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kini dikaitkan dengan isu kaum pula.
Penulis blog pro-Umno terkenal Dr Novandri Hassan Basri hari ini menyelar tindakan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lee Khai Loon yang tampil dengan flashmob memperolokkan kenyataan Najib itu.
Lee bersama sekumpulan penyokong Pakatan Rakyat sebelum ini berkumpul di Bukit Mertajam dengan replika besar muka Najib yang disumbat mulutnya dengan 10kg kangkung sebagai tanda bantahan terhadap kenaikan kos sara hidup.
Bagaimanapun, selepas ejekan besar-besaran di alam maya, termasuk dilaporkan media antarabangsa seperti BBC, tindakan itu nampaknya mengundang kemarahan penyokong BN.
“Cina Pakatan pembangkang semakin melampau dan kurang ajar nampaknya,” tulis Dr Novandri dalam tulisannya Dr Mim hari ini.
Tak ada cara untuk pertahankan boss mereka yang tersasul dan nampak tak cerdik mereka kaitkan dengan isu perkauman. Itulah Umno dan pencacainya ...........

Comments
Agama apa Sekumpulan Melayu ini belajar?