.

.

15 July 2013

PEMIMPIN GERAKAN ISLAM DUNIA ADAKAN HIMPUNAN BANTAH RAMPASA KUASA DI MESIR


Pemimpin-pemimpin gerakan Islam dari seluruh pelusuk dunia menyertai himpunan jutaan bagi menyokong legitimasi dan membantah rampasan kuasa tentera di Istanbul.

Himpunan itu disertai Presiden PAS, Dato Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang dan NGO dari Malaysia antaranya IKRAM.

Ternyata seluruh pemimpin gerakan Islam dunia bersatu hati mengutuk rampasan kuasa tersebut yang boleh disifatkan sebagai mematikan demokrasi dan meragut kuasa rakyat. 

Malangnya pemimpin-pemimpin negara umat Islam majoritinya menyokong rampasan kuasa tersebut dan tidak kurang juga hanya berdiam diri tidak menyatakan pendirian masing-masing.

Kebanyakan mereka menyokong Amerika dan sekutunya Yahudi sehingga mulut mereka tidak berani menyatakan yang hak. Inilah masalah terbesar umat Islam akhir zaman di mana pemimpin-pemimpin mereka menjadi juak-juak kepada musuh Islam nombor satu ialah Yahudi dan Amerika.


Gambar - Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang (Presiden PAS), Dr Mohd Parid Syeikh Ahmad (Presiden IKRAM) dan Ustaz Wan Subki Wan Salleh (Naib Presiden IKRAM).

Sumber : RNN, Mesirkini.

1 comment:
Write comments
Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter