4500 CEDERA DAN 65 MENINGGAL ANGKARA AS-SISI LAKNATULLAH

Dalam sidang media di Madinah Nasr, Ahmed Aref, jurucakap bagi Parti Kebebasan dan Keadilan berkata seramai 66 terkorban dalam serangan semalaman oleh pasukan polis dan 61 mati secara klinikal serta 4,500 lagi tercedera.

-Menurut beliau "samseng-samseng" telah mengepung penyokong Mursi di Hospital Al-Shifa dan Hospital Sayyed Galal. Kementerian Dalam Negeri telah menafikan hal ini, mengusahakan untuk menghubungi kementerian kesihatan dan hospital-hospital yang disebut bagi mendapatkan pengesahan.

-Menurut beliau "pembunuhan beramai-ramai" yang terjadi semalam merupakan hasil mandat yang diminta oleh Menteri Pertahanan Abdel Fattah al-Sisi.

-Menurut beliau para pembantah telah diserang dengan peluru hidup, peluru burung dan sejenis bom pemedih mata baru yang berkemungkinan mengandungi bahan yang melanggar undang-undang.

-Menurut beliau semua penyokong Mursi yang berlindung di Masjid Qaed Ibrahim di Iskandariah telah ditahan. Beliau meletakkan jumlah tahanan seramai 400 orang termasuk 150 wanita dan kanak-kanak. Akan tetapi Kementerian Dalam Negeri dalam sidang media sebelum itu berkata seramai 14 orang ditahan di Iskandariah.

-Menurut beliau mereka akan mendakwa mereka yang bertanggungjawab terhadap pembunuhan ini dan menyeru komuniti antarabangsa untuk mengutuk keganasan tersebut.

-Beliau telah mengutuk pihak media yang hanya membuat liputab sebelah pihak iaitu bantahan pro-tentera di Istana Presiden, mengabaikan perarakan penyokong Mursi dan pertembungan yang berlaku semalam.

Sumber : AlJazeera

Comments