WANITA DIMALUKAN BN, AYUH UNDI PAKATAN

Terbukti wanita tiada tempat dalam Umno. Sudahlah Ketua Wanita Umno, Shahrizat tidak dicalonkan, Naibnya Kamilia juga dipinggirkan sehingga beliau bertanding bebas. Maka sedarlah wahai Wanita Umno sebenarnya Wanita sudah tidak ada tempat lagi dalam Umno. Mereka hanyalah sekadar perayu undi dari rumah ke rumah, tidak lebih dari itu. Umno perlukan mereka untuk berkempen bertemu rakyat. Tetapi kedudukan penting dalam kerajaan dan hak bertanding PRU pun dikesampingkan.

Bayangkan Ketua dan Naib Ketua Wanita Umno Malaysia tiada kerusi dalam PRU 13, sedangkan parti-parti komponen PR semuanya memberikan ruang seluas-luasnya kepada pimpinan wanita masing-masing bertanding.Semua pimpinan utama Dewan Muslimat PAS bertanding samada di Parlimen atau Dun.

Kini maruah wanita dicalarkan oleh Umno, apakah pengundi khususnya wanita masih ingin memberikan undi kepada BN..............INI KALILAH!!!!

Comments

Unknown said…
Memang jelas martabat wanita begitu rendah dan murah di kacamata UMNO/BN. Bukti menayangkan aib wanita Melayu dalam video lucah sampai menjadi tontonan wanita dan kanak-kanak dalam siri ceramah UMNO/BN akhir-akhir ini sebagai bukti rendahnya wanita Melayu Malaysia mutakhir ini.

Syaitan apakah yang ada dalam pemimpin-pemimpin Melayu UMNO yang mengaku beragama Islam itu hingga sanggup mempertontonkan aib wanita sebangsa demi kalangsungan politik? Adilkah wanita diperlakukan sebegini? Kenapa wanita yang menjadi penyokong tegar UMNO masih memejamkn mata dan tak mahu bangkit mempertahankan maruah kaum sejenis?

Mana perginya ulama-ulama dalam UMNO? Mengapa membisu kalau perkara dilaknati Allah secara terangan dilakukan oleh puak UMNO? Halalkah wang yang kamu perolehi jika masih bacul untuk menegur perkara mungkar seperti yang diakukan oleh rakan-rakan kamu dalam parti?
Sayang seribu kali sayang kerana masih ada orang yang mengaku dan diperakui berpengetahuan agama yang amat luas oleh UMNO rupanya bertopengkan iblis.
Anonymous said…
ketua wanita..opss(separuh2) tu merangkp menteri wanita dh tercalon ckup la..lgpun dia paling..paling...paling winnable candidate