PRU 13 : PIMPINAN MESTI BERHATI-HATI BERI KENYATAAN

Pimpinan Pakatan Rakyat diingatkan supaya berhati-hati membuat kenyataan akhbar pada musim pilihanraya ini. Kita tahu pihak musuh memang menanti apa sahaja kenyataan yang boleh mereka spin dan putar bagi memberikan kelebihan kepada mereka.

Media pencacai memang diarahkan membuat provokasi semasa sidang media ataupun semasa bertemu secara adhoc dengan wartawan. Memang mereka diberi tugas untuk melakukan provokasi yang menyebabkan pimpinan kita tersilap membuat kenyataan. Malah lebih teruk kadang-kadang berita yang dikeluarkan jauh tersasar dari kenyataan sebenar. Apatah lagi kalau memang benar pemimpin kita tersasul.

Oleh itu diharapkan semua pimpinan supaya bersedia dengan provokasi-provokasi seperti ini. Kita mengharapkan pihak pimpinan supaya tidak melayan sebarang soalan-soalan yang nakal yang tidak berkaitan. Jangan nanti niat kita untuk menjawab persoalan yang timbul akhirnya menjadi 'backfire' kepada kita.


Comments