'KETUA MENTERI' MELAKA MALUKAN DIRI SENDIRI

Malam tadi 'Ketua Menteri' Kerajaan sementara Negeri Melaka, DS Mohd Ali Rustam  memalukan dirinya sendiri apabila hadir mengacau program PAS di Kampung Bukit Pulau. Beliau sendiri turut sama berceramah  untuk mengganggu ceramah PAS.

Apa yang dikesalkan pimpinan PAS Kawasan Bukit Katil sudah berusaha supaya program malam tadi tidak diganggu oleh Umno dengan memindahkan program tersebut ke tempat lain tetapi malangnya Umno turut sama berpindah dan mengadakan ceramah hanya kira-kira 50 meter jaraknya. Pihak Polis pula tidak menghalang Umno mengadakan ceramah tersebut walaupun dikhuatiri ianya boleh mencetuskan suasana yang tidak tenteram kerana Umno sudah pasti akan melakukan provokasi.

Ketua Penerangan PAS Kawasan Bukit Katil, Yusof Wahab berkata pemuda-pemuda Umno yang diupah menghampiri ceramah PAS kira-kira 20 meter dari tempat penceramah bercakap di mana mereka menggunakan 'hailer' mengejek-ngejek dan memekik-mekik mengganggu ceramah tersebut.

"Kita cukup kesal dengan sikap Ketua Menteri yang menjatuhkan maruah dirinya dan rakyat Melaka dengan perangai tidak semenggah seperti ini".

"Bagilah pada macai-macai je kalau nak ganggu sekalipun takkan 'Ketua Menteri' sendiri buat kerja macam ini, jatuhlah standard" ujar Cikgu Yusof.

Ceramah malam tadi walaupun tidak menampilkan penceramah besar tetapi mampu menarik kira-kira 1000 hadirin yang terdiri dari pelbagai kaum. Antara yang berceramah malam tadi ialah Naib Yang Dipertua PAS Kawasan Jasin, Azrin Majid; Penyelia Dun Bukit Baru Dr Khalid Kassim; Ustaz Ibrahim Duralim dan Wahab Ibrahim dari PKR

Comments

Anonymous said…
apa punya malang ada orang perangai macam pelesit
Hulubalang said…
Mangkuk2 UMPORNO memang sifat mcm tu kerana mereka ni tak ada tamadun...jauh beza sekali daripada sifat politician orang kafir di UK, AUstralia, US dan negara2 Eropah yg bertamadun! Kerana mereka dipimpin oleh pemimpin yg tak bertamadun juga! Alahai bangsaku...nasib baiklah ada Islam..kalau tidak kita ni mungkin lebih teruk lagi perangai daripada orang asli Papua New Guinea!! Alahai bangsa ku...bila lah nak berubah!?