
Seorang saksi memberitahu bahawa pada jam 1.00 pagi bilboard itu masih tegak berdiri di tapak tersebut. Tetapi pada jam 7.00 pagi disedari bahawa ianya telah hilang di mana terdapat kesan pemotongan dengan alat welding di tiang bilboard tersebut.
Sebentar tadi Yang Dipertua PAS Kawasan Bukit Katil dan Ketua Cabang PKR Bukit Katil, Yusof Abdullah bersama Ketua Penerangan PKR Melaka, Hairiz Nordin meninjau ke lokasi berkenaan dan mendapati ianya telah dipotong dan 'bangkai'nya juga di bawa entah ke mana.
Inilah rentetan keganasan yang dilakukan oleh Umno/BN yang sudah pasti tidak akan dimaafkan oleh rakyat. Mereka akan dihukum pada PRU 13 nanti.
Comments