HENDAK RUMAH MESTI MASUK UMNO.

Kalau hendak bantuan rumah mesti masuk Umno. Kalau tidak jangan harap dapat bantuan tersebut. Itulah yang dialami oleh seorang ahli PAS Cawangan Sungai Putat bernama Zubir. Pengerusi JKKK Sungai Putat mengenakan syarat bahawa jika isi borang Umno barulah permohonan rumah PPRT diluluskan. Namun Saudara Zubir tetap kukuh dengan perjuangannya tetap istiqamah dengan PAS.

Atas dayausaha PAS Cawangan Sungai Putat, sebuah rumah dengan kos RM15,000 berjaya didirikan dan telah dirasmikan oleh Pesuruhjaya PAS Negeri Melaka, Haji Adly Zahari semalam.

Syabas dan tahnuah kepada Saudara Zubir, Ketua PAS Cawangan Sg Putat, Hj Mohd Ali Sharif dan seluruh para dermawan yang berjaya menyumbangkan wang ringgit dan tenaga untuk pembinaan rumah tersebut.

Turut hadir pada majlis penyerahan itu ialah Adun Ayer Keroh, YB Khoo Poay Tiong.

Gambar : Haji Adly, YB Khoo, Haji Ali dan Zubir pada majlis penyerahan rumah kepada beliau.

Comments