UTUSAN TERUS FITNAH DAP

Media pencacai Umno, Utusan terus menerus menggunakan senjata fitnah mereka untuk mengukuhkan sokongan Melayu kepada Umno/BN. Terbaru akhbar pencacai itu membuat dakwaan baru Singapura mempunyai perancangan tertentu untuk memastikan Pakatan Rakyat. menang pada PRU 13 nanti.
Dalam ruangan Bisik-Bisik, akbar itu memaparkan bahawa PAP menunggu 48 tahun untuk mencapai mimpin mereka di Semenanjung Malaysia.

"Dan DAP sangat komited untuk memastikan mimpi menjadi kenyataan" tulis Awang Selamat.

Ternyata Awang Selamat terus menggunakan sentimen perkauman dan perkara yang tidak pernah ujud hanya semata-mata untuk memastikan Umno/BN mendapat sokongan Melayu.

Tidak habis-habis Utusan pencacai ini mendakwa bahawa jika PR menang DAP akan menjadi kuasa dominan dan menguasai PR. Sedangkan pada hakikatnya sebenar PR telah membuktikan kepada rakyat bahawa semua keputusan PR dibuat secara muafakat dan tiada satu pihak pun dikesamping atau mendominasi PR.

Kalau dilihat dari segi kerusi pun DAP hanya bertanding kira-kira 40 kerusi sahaja sedangkan PAS dan PKR bertanding lebih dari 180 kerusi. Bagaimana Utusan pencacai ini boleh mendakwa bahawa DAP akan menguasai kerajaan jika PR menang.
lee kuan yew visit lim guan eng and penang gerakan 150609 02

Utusan pencacai lupa bahawa rakyat hari ini adalah rakyat yang bermaklumat dan tidak mudah ditipu dengan fakta tidak masuk akal seperti yang didakwa oleh Utusan pencacai ini. Semakin banyak fitnah dan tohmah yang dilemparkan oleh Utusan pencacai maka rakyat semakin menjauhi Umno/BN. Bukan sahaja rakyat bukan Melayu yang bertambah meluat kepada Umno/BN malah rakyat Melayu pun turut sama membenci Umno/BN.

Comments