SAYA PERNAH DUDUK DALAM REBAN UMNO - TAMRIN

Saya pernah duduk dalam reban bernama Umno setidak-tidaknya saya juga terkena bau busuk itu dan saya sudah insaf.." kata Tamrin dipetik dari laporan Harakahdaily hari ini.


Itu antara kata-kata pedas Tamrin apabila diajukan soalan adakah beliau tidak takut dengan ugutan pihak tertentu yang mengugutnya supaya berhenti dari berceramah di pentas PAS.


Mengenai ancaman itu ditanya apakah kemungkinan ancaman itu Tamrin tidak dapat mengagaknya cuma berkata kalau mengenai wanita beliau tidak kisah isu itu kerana wanita dalam Umno samalah dengan bunga dan tangkai, akrab. Beliau kini katanya sudah tidak percaya Umno lagi. "Saya tidak kisah kalau isu wanita sebab saya dulu Umno. Tetapi ingat... saya juga ada menyimpan banyak kisah pemimpin Umno dengan wanita... yang setengahnya gambar ada dengan saya," katanya sedikit mengancam.

Diminta gambar-gambar itu atau menceritakan kisah korapnya pemimpin Umno dengan wanita beliau berkata; tak usahlah kita bermain secara gentlemen dan profesional.

Tamrin yang juga bekas Exco Pemuda Umno di zaman Anwar, berkata beliau tidak fikir Umno berani bermain buruk dengannnya mengenai isu wanita atau apa-apa, sebab apa yang beliau lakukan sekarang ini, atau melawan Umno kini bukan menggunakan isu peribadi tetapi lebih kepada realiti dan hakikat yang beliau alami sendiri.


Gambar : Tamrin sedang berceramah di Johor.

Comments