NAJIB MATI KUTU

Pakar perlembagaan, Dr Abdul Aziz Bari berkata Perdana Menteri sekarang berkeadaan mati kutu untuk membubarkan parlimen kerana rakyat semakin menolak BN.

"Perdana Menteri dan Umno/BN sebenarnya mati kutu untuk membubarkan parlimen kerana mereka tahu bahawa sokongan rakyat kepada BN semakin teruk, Najib tidak yakin BN akan menang sebab dia takut untuk bubar Parlimen".

"Segala perancangan dan tindakan Umno/BN selama ini tidak dapat mengubah persepsi negatif terhadap Umno/BN, walaupun pelbagai bantuan, sogokan dan projek pembangunan dilakukan tetapi rakyat tetap menolak BN" ujar Abdul Aziz yang sekarang ini menjadi ahli politik sepenuh masa.

Aziz berkata rakyat mesti bekerja kuat untuk memastikan negara ini diselamatkan dari pentadbiran BN yang jelas korup, mengamalkan nepotisme, membazir dan membelakangkan undang-undang demokrasi.

"Kita yakin walaupun mereka mendaftarkan puluhan malah ratusan ribu pengundi luar yang bukan warganegara, Umno/BN tetap tumbang dengan kuasa rakyat": tambah Aziz dalam ceramah beliau yang dianjurkan oleh PAS Cawangan  Padang Jambu di Taman Indah dekat sini malam tadi.

Menyentuh tentang keengganan Najib untuk berdebat dengan Anwar, beliau berkata ianya sudah menjadi sifat dan lumrah pemimpin Umno/BN yang sememangnya takut untuk berhadapan secara anak jantan dengan lawan politk dan rakyat sendiri.

"Sampai bila pun Najib takkan berani berdebat dengan Anwar dan Najib akan sentiasa mencari alasan dan helah untuk tidak berdenat dengan Anwar".

"Anwar kata dia cakap 20 minit, Najib bercakap 40 minit pun tak apa.asalkan Najib berani untuk berdebat dalam apa juga tajuk" kata Aziz.

Turut berceramah pada program tersebut ialah Ahli Parlimen Kota Melaka, Sim Tong Him; Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS Negeri Melaka, Raja Shanmugam; Penyelia Dun Bukit Baru, Yuosf Wahab dan Pengerus Tetap Dewan Ulama PAS Negeri, Ustaz Ibrahun Duralim,

Comments