Isu hudud yang sekali lagi timbul ekoran dari kenyataan seorang Adun Umno dari Johor dijadikan sekali lagi senjata oleh Umno untuk memecahkan PR dan menjauhkan rakyat bukan Islam kepada PR.
Pimpinan PR seharusnya berhat-hati dengan senjata 'hudud' yang tidak pernah padam dari salah satu modus operandi Umno untuk mengurangkan sokongan rakyat kepada PAS dan PR.
Kita semua tahu Umno tidak pernah ikhlas untuk melaksanakan hudud di Malaysia. Jika Umno ikhlas sudah tentu mereka memberikan pelepasan kepada Kelantan untuk melaksanakannya setelah Enakmen hudud puluhan tahun dahulu diluluskan oleh kerajaan Kelantan. Malangnya bukan sokongan yang ditunjukkan oleh kerajaan Umno/BN malah ugutan, cacian, tohmahan dan bangkangan hebat dihamburkan kepada Kelantan.
Lebih teruk lagi pemimpin Umno dengan berani mencaci dan menghina hudud dengan pelbagai tafsiran yang tidak mampu untuk diulang di sini. Cacian dan tohmahan ini ditambah lagi dengan kebiadapan MCA yang secara terang-terang menghina hudud tanpa diberi nasihat dan amaran oleh pemimpin Umno/BN.
Kini isu ini 'meletup' kembali. Kita harap pemimpin PR tidak terperangkap dengan jerangkap samar dan perang psikologi yang dipasang oleh startegis Umno/BN. Sudah acapkali pemimpin kita termasuk dalam perangkap ini nasib baik ianya dapat diselamatkan dengan tangkas oleh pimpinan tertinggi.
Untuk kali ini kita sekali lagi mengharapkan majlis pimpinan tertinggi PR dapat memantau dan mengambil tindakan pantas bagi memastikan serangan dan perang saraf Umno/BN ini tidak menerobos masuk ke pemikiran rakyat.
Jika benar Umno ikhlas untuk melaksanakannya sila lakukan tanpa cuba berpolitik semata-mata untuk kepentingan undi mereka.

Comments