Himpunan anti-Lynas akan diadakan di 34 bandaraya dan bandar di Malaysia dan Australia serentak pada 14 Julai ini.
Tema kali ini ialah 'Kami akan undi untuk masa depan kebersihan dan keselamatan', himpunan ini akan dimulakan pada jam 5 petang di 9 negeri dalam Malaysia dan di Sydney, Perth dan Melbourne di Australia.
"Himpunan di Malaysia akan dianjurkan oleh SMSL dan disokong oleh 30 NGO tempatan. Kami jangkakan antara 15,000 hingga 20,000 orang akan mengambil bahagian.
"Ini adalah himpunan bukan bantahan" kata Pengerusi SMSL Tan Bun Tet (foto) dalam sidang akhbarnya semalam.
Tan berkata program ini diadakan bagi mendesak kerajaan untuk memastikan 'alam sekitar yang selamat dan bersih', ianya juga akan menyelitkan mock-up proses pengundian di mana setiap peserta akan diberikan kertas undi untuk Lynas.
Mereka akan mengundi samada untuk menyokong atau menolak Lynas yang lojinya beroperasi di Gebenmg, Pahang, kata Tan.
Tan berkata program mock-up itu juga bertujuan untuk mengajar rakyat tentang betapa pentingnya mengundi pada Pilihanraya Umum akan datang.
Ditanya apakah ianya menunjukkan program 'anti-kerajaan', beliau berkata SMSL tidak bertujuan untuk menganjurkan program anti kerajaan.
Tan juga berkata beliau sendiri akan mengundi parti mana yang akan menghentikan Loji Lynas.
Sumber : Mkini.

Comments