.

.

03 July 2012

DEDAHKAN SEBAB SEBENAR MENGAPA TAN SRI ABU BAKAR DIBERHENTIKAN

Kerajaan mesti mendedahkan kepada rakyat mengapa bekas ketua pengarah perkhidmatan awam Tan Sri Abu Bakar Abdullah secara mengejut sedangkan beliau sendiri masih mahu meneruskan kerjayanya. Umur beliua baru 57 tahun dan masih layak dan kuat untuk menyambung tugasnya.

Media melaporkan bahawa Abu Bakar masih mahu meneruskan kerjayanya tetapi ianya ditamatkan secara mengejut berkuatkuasa pada 1 Julai lalu.

Ramai pihak tertanya-tanya mengapa beliau dizalimi sebegitu. Sudah tentu ada alasan kukuh yang menyebabkan perkhidmatannya ditamatkan serta merta. Apa sebabnya rakyat hendak tahu.

Naib Presiden PAS, Dato Mahfuz Omar akan membuat kenyataan akhbar pada jam 10.50 pagi ini dan dijangka Ahli Parlimen Pokok Sena tersebut akan membuat beberapa pendedahan mengapa ABu Bakar dianiaya sebegitu. Sudah menjadi lumrah dan adat resam kerajaan Umno/BN sesiapa yang tidak bersifat 'Yes Man' dan tidak bersifat 'Pak Angguk' tidak akan panjang umur karier dan kerjayanya. Mungkin inilah yang dialami oleh Abu Bakar yang terkenal dengan prestasi dan disiplin kerja yang tinggi dan hebat.

Semalam Malaysiakini melaporkan rungutan penulis-penulis blog pro-BN menyelar Berita Harian ekoran laporan yang menonjolkan penamatan khidmat bekas ketua pengarah perkhidmatan awam Tan Sri Abu Bakar Abdullah.


Penulis blog berkenaan menimbulkan isu berkenaan kerana berpendapat penamatan khidmat penjawat awam kanan itu sepatutnya tidak diperbesar-besarkan.



Wartawan veteran dan Datuk Ahiruddin Atan yang menulis di rockybru.com.my berkata beliau bimbang kerana penulis blog pro-establishment berasa tidak senang dengan kumpulan akhbar NSTP, terutama pengarang urusan kumpulan kanannya, Datuk Jalil Abdul Hamid.



Satu lagi blog pro-Umno, Unspinners pula menyifatkan laporan Berita Harian itu sebagai satu "sabotaj" ke atas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan menuntut supaya Jalil dipecat.



Spekulasi yang timbul di blog sebelum ini mengatakan bahawa Abu Bakar ditamatan perkhidmatan ekoran skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang mencetus kontroversi kerana ia memberi peningkatan gaji yang tinggi kepada pengawai kanan tetapi hanya peningkatan serendah RM10 kepada pekerja bawahan.



"Jalil nampaknya bersekongkol memalukan Perdana Menteri dengan membela Abu Bakar melalui cara memberi ruang untuk dia menyuarakan rungutan. 



"Sudahlah Najib dimalukan kerana terpaksa menukar keputusan, laporan tersebut akan dianggap seolah-olah Abu Bakar telah dianiayakan," tulisan di laman theunspinners.blogspot.com itu dipetik.



Najib pada 8 Mac lalu mengumumkan bahawa SBPA akan dimansuhkan selepas rancangan itu menerima kritikan keras daripada kakitangan awam.

NONE

Abdul Jalil dilantik sebagai pengarang urusan kumpulan NSTP pada 15 Oktober tahun lalu.



Sebelum itu, Abdul Jalil merupakan pegurus besar kanan di jabatan hal ehwal korporat Suruhanjaya Sekuriti pada 2009 sebelum dipinjamkan ke jawatan ketua komunikasi kebangsaan di Pejabat Perdana Menteri.



Abu Bakar dalam Berita Harian dilaporkan sebagai berkata beliau tidak bersara namun khidmatkan diberhentikan oleh kerajaan.



Abu Bakar berkata beliau menerima surat penamatan khidmatnya daripada Jabatan Perkhidmatan Awam yang menyatakan bahawa khidmatnya berakhir pada 1 Julai.



Tambahnya, beliau berhasrat untuk bersara pada usia 60 tahun namun disebabkan penamatan awal itu, kuantum pencen dan simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerjanya hanya dikira sehingga 30 Jun tahun ini.



Abu Bakar, 57, telah berkhidmat dalam perkhidmatan awam selama 35 tahun.



Dari laporan Malaysiakini ini, kita dapati ada perkara yang cuba disorokkan oleh pihak-pihak tertentu. Sedangkan sepatutnya perkara sebegini mesti ditangani secara telus dan professional bukannya menyorok fakta dan sebagainya.

2 comments:
Write comments
Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter