ANWAR DAN MUHYIDDIN AKAN DEDAHKAN AKAUN BANK MASING-MASING?

Muhyiddin Yassin menggesa Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan segera dakwaan berhubung pemilikan 20 akaun induk membabitkan aset, saham dan wang bernilai RM3 bilion seperti terkandung dalam akuan berkanun bekas Penolong Gabenor Bank Negara Datuk Abdul Murad Khalid, 13 tahun lepas.
Timbalan Perdana Menteri itu berkata dakwaan berkenaan bukan perkara kecil dan dengan itu Ketua Umum PKR perlu bertanggungjawab untuk menjelaskan perkara berkenaan kepada rakyat.
“Angka (RM3 bilion) yang disebut adalah besar. Jadi, ia merupakan tanggungjawab Ketua Pembangkang untuk memperjelaskannya. Apakah benar atau tidak. Rakyat hendak tahu…pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang membuat tuntutan supaya penjelasan dibuat pun mewakili kumpulan rakyat yang bukan sedikit.
“Kalau tidak betul, Anwar harus mengambil tindakan terhadap pihak yang membuat dakwaan termasuk bekas Penolong Gabenor Bank Negara,” katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran program Kasihi Pekebun peringkat negeri di Dataran Sarang Buaya, di sini, 2 hari lepas.
Pada hari yang sama Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim mencabar pula Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mendedahkan semua akaunnya (Muhyiddin) kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
“Saya cabar beliau dedahkan akaunnya. Saya akan buka setiap dokumen saya untuk disiasat oleh SPRM,” kata Anwar yang pernah dituduh mempunyai 20 akaun dalam tahun 1999.
Beliau berkata begitu ketika mengulas tohmahan Muhyiddin terbaru bahawa dirinya mempunyai 20 akaun.
Kita tunggu adakah kedua-dua mereka berani mendedahkan akaun masing-masing kepada umum. Yang pasti Anwar sudah menyatakan kesediaan beliau berbuat demikian tetapi Udin nampaknya senyap membatu sahaja.

Comments