.

.

02 May 2012

PASCA BERSIH 3.0 : KERAJAAN AKUI POLIS BELASAN WARTAWAN?

Kerajaan BN seolah-olah mengakui dan mungkin terpaksa mengaku bahawa Polis membelasah ramai wartawan pada himpunan Bersih 3.0 Sabtu lalu. Memang tidak ada siapa yang dapat menyembunyikan keganasan dan kebiadapan Polis pada himpunan tersebut kerana kamera dan hand phone dipunyai oleh hampir setiap peserta Bersih 3.0.

Kerajaan BN dilaporkan terpaksa memujuk media dengan memanggil wakil-wakil media untuk bertemu dengan mereka.


Malaysiaini melaporkan hari ini bahawa kerajaan dilihat cuba memulihkan hubungan dengan organisasi media selepas polis didakwa bertindak ganas sehingga menyebabkan lebih sepuluh orang wartawan cedera ketika membuat liputan perhimpunan BERSIH 3.0.

Difahamkan, ketua redaksi organisasi media akan mengadakan pertemuan dengan wakil polis di Bukit Aman hari ini.

Menurut sumber, butiran pertemuan itu tidak didedahkan namun dipercayai berkaitan dengan perhimpunan BERSIH 3.0.

Bagaimanapun, Malaysiakini tidak dijemput menghadiri pertemuan tersebut.

Langkah memulihkan hubungan itu dipercayai bermula sejak semalam apabila Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Koh Tsu Koon bertemu dengan pengarang akhbar berbahasa Cina.

Turut hadir dalam pertemuan tersebut ialah dua orang pembantu perdana menteri Wong Nai Chee dan Joan Lai.

Dalam pertemuan di sebuah restoran di Petaling Jaya itu, pengarang berkenaan diminta memberi pendapat berhubung perhimpunan BERSIH 3.0 dan memberi ulasan mengenai dakwaan tindakan angkuh polis ke atas wartawan.


Buat apa sahaja wahai kerajaan BN, rakyat sebenarnya sudah muak dengan segala tindak tanduk pemimpin, Polis, SPR, JPN dan lain-lain agensi. Mereka hanya menanti masa untuk menumbangkan kerajaan BN pada PRU 13 nanti. Cuma pilihanraya kotor, tidak telus, tidak bersih dan penipu sahaja yang mampu mengekalkan BN di Putra Jaya.

No comments:
Write comments
Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter