Hinanya Umno/BN : Tak dapat lawan AYAH, ANAK JADI MANGSA.

Umno/BN sudah kehabisan modal untuk menghentam dan menjatuhkan imej kerajaan negeri Pulau Pinang. Walaupun saban minggu ada sahaja demonstrasi jalanan yang dilakukan untuk memburuk-burukkan pimpinan kerajaan negeri tetapi ianya sedikitpun tidak memberikan kesan kepada rakyat. Mereka dapat merasakan kelainan di bawah pemerintahan PR di Penang.

Umno/BN menuduh kerajaan sekarang sebagai kerajaan zalim dan pelampau Cina tetapi semua itu hanyalah omongan kosong. Rakyat tetap gembira dan aman. 

Oleh kerana gagal untuk menjatuhkan imej Ketua Menteri Pulau Pinang, pula menjadi sasaran serangan Umno/BN.

Semalam Lim menafikan kenyataan kenyataan Menteri Pertahanan Zahid Hamidi bahawa Lim Kit Siang berkata cucu perempuannya (anak Lim Guan Eng) berubah menjadi baik selepas mengikuti Kem Program  Latihan Khidmat Negara di Balik Pulau.
“Anak perempuan saya budak yang baik dan ia sama sebelum atau selepas menyertai program ini. Ayah saya dan saya tidak pernah memberitahu Menteri Pertahanan seperti yang didakwa olehnya dan kami tidak berterima kasih kepadanya,” kata Lim dalam kenyataan media semalam yang disiarkan oleh Malaysiainsider.
Beliau menggesa pemimpin Barisan Nasional (BN) agar tidak menggunakan anak-anaknya sebagai modal politik, menambah seluruh keluarganya “sedih” dengan kenyataan Zahid.
“Ia keluarga saya dan saya sayangkan anak perempuan kami dan mahu melindungi hak peribadinya. Kami telah melindunginya dari publisiti supaya dia boleh membesar dan menikmati kehidupan bersama rakan-rakan seperti kanak-kanak normal.
“Kami berharap Datuk Seri Ahmad boleh menghormati hak peribadi anak perempuan saya dan jangan heret dia ke dalam permainan politik,” tambah Lim.
Setiausaha Agung DAP ini menegaskan ia bukan kali pertama anak-anaknya menjadi sasaran Umno dan menekankan bagaimana anak lelakinya yang berumur 15 tahun dikecam pemimpin Umno atas dakwaan mencabul kehormatan rakan sekolah.
Blog Umno juga mendakwa Lim membayar RM200,000 untuk menutup skandal itu dan memindahkan anak lelakinya ke sekolah lain.
Pihak pentadbiran sekolah mengesahkan tiada kejadian sedemikian berlaku seperti yang didakwa blog Umno.
Gambar yang didakwa mangsa yang dihebahkan di Internet sebenarnya adalah juara catur yang menetap di Hong Kong dan tidak pernah mengenali anak lelaki Lim.
“Saya gesa Umno dan pemimpin BN melemparkan segala pembohongan terhadap saya dan jangan libatkan anak-anak saya, Mereka masih belajar dan tidak terlibat dalam politik.
“Adakah pemimpin Umno dan BN sudah ketiadaan idea dan terpaksa menggunakan kaedah penipuan terhadap pemimpin Pakatan Rakyat dan anak-anak kami?” soal Lim.

Comments