ANWAR BEBAS : BN TAK KISAH , MEREKA YAKIN MENANG BESAR

BN sebenarnya sudah lama memasang strategi untuk memerangkap PR. Sebab itu BN tidak kisah samada Anwar bersalah atau tidak dalam kes Liwat II. BN tidak kisah samada Anwar bebas atau dipenjara kerana strategi dan taktik mereka yang telah diaturkan sebaik PRU 12 (2008) berakhir sudah pasti akan merobohkan kekuatan PR.

BN mempunyai kuasa ke atas semua Jabatan Kerajaan yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dengan pilihanraya antaranya SPR, JPN, PDRM dan lain-lain. BN boleh buat apa sahaja bagi memastikan mereka menang.

BN tidak kisah kebangkitan rakyat kerana mereka tahu kebangkitan rakyat tidak mampu untuk membendung strategi dan taktik licik BN yang gagal dikesan secara total oleh PR.

Oleh itu adalah diharapkan kita semua dapat berganding mahu mencari formula untuk menghancurkan penipuan, penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa BN pada PRU 13 nanti.

Comments

Anonymous said…
SUKA SAMA SUKA SUDAH CUKUP.MAHKAMAH TAK PERLU JATUHKAN HUKUMAN TAPI RAKYAT YANG AKAN JATUHKAN HUKUMAN...
Anonymous said…
semua orang tak tahu apayang sebenarnya yang berlaku termasuk tok2 guru dalam PAS. Dalam bab ni lebih baik berkecuali kerana hanya ALLAH yang Maha Mengetahui. Saiful dan anwar pun mungkin tahu siapa yang benar.