Tak redha 1 sen pun duit digunakan untuk JASA

Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) ditubuhkan oleh kerajaan BN beberapa tahun lalu. Tujuannya tidak jelas tetapi kerja yang dilaksanakan oleh Jasa hanyalah untuk berkempen supaya rakyat menyokong BN, itu sahaja.

Malah dalam media hari ini tanpa segan silu Ketua Pengarah Jasa, Fuad Hassan berkata Jasa akan mengesyorkan kepada Perdana Menteri nama-nama yang mampu bertanding pada pilihanraya akan dating.

Malangnya sungguh bagi rakyat Malaysia apabila sebuah agensi kerajaan yang dibiayai dengan duit rakyat digunakan untuk mengekalkan kuasa pemerintah dengan program-program khas yang 100 % untuk Umno/BN.

Saya sebagai rakyat Malaysia tidak akan redha 1 sen pun duit rakyat yang sebahagiannya duit cukai dan sebagainya yang dibayar oleh saya, saudara-mara dan rakan-rakan saya.

Comments