Perdana Menteri Najib Razak kelihatan gembira dengan sambutan rakyat ketika melawat Ijok dan Gombak semalam. Diberitakan begitu ramai sekali rakyat yang turun menyambut beliau.
Najib memberitahu hadirin yang kebanyakannya warga emas, bahawa ke mana-mana sahaja beliau pergi hari ini, beliau disambut
dengan berjabat salam, dan ada yang "tidak mahu untuk melepaskannya".Memulakan lawatannya di Ijok pagi semalam, Najib Razak turun padang untuk membuktikan kepada rakyat Selangor bahawa sudah tiba masanya untuk kerajaan Pakatan Rakyat 'angkat bungkus'.
Ternyata sekali lagi Najib ditipu oleh pengampu beliau di Selangor di ketuai oleh Noh Omar, Satim Diman dan lain-lain. Orang ramai yang hadir tersebut seperti biasa diupah dan diangkut ke tempat program, Majoritinya hadir hanya kerana adanya umpan, Ada juga yang dipaksa oleh majikan dan pihak atasan. Ini semua sudah menjadi skrip dan skema lawatan Najib ke seluruh negara. Jika tiada umpan dan paksaan sudah tentu tidak ramai yang secara suka rela datang menyambut pemimpin seperti Najib yang sudah lama dikenali rakyat.
Walaupun Najib berkali-kali berkata jangan syok sendiri dan jangan cuba menipu beliau tetapi hakikatnya setiap kali lawatannya bertemu rakyat walau di mana jua, beliau sering ditipu oleh pengampu-pengampunya.
Hakikatnya rakyat di negeri Selangor sebenarnya amat senang dengan kerajaan negeri yang ada sekarang. Jika BN menang di Selangor sudah tentu kemenangan itu didorong oleh faktor lain yang bersalahan dengan undang-undang.
Comments
Bukan menang di Selangor je mungkin kerana faktor yg salah disisi undang2, menang dimana2 negeri pun macam tu.
BN x layak utk menang.....