Melaka pelihara banyak 'Gajah Putih' dalam 'Zoo'nya

Kerajaan negeri Melaka sudah lama membina Zoo 'Gajah Putih' di negeri ini. Memang banyak Gajah Putih dipelihara di Melaka. Tidak ada Zoo di seluruh dunia yang memelihara gajah putih sebanyak yang ada dalam Zoo 'Gajah Putih' di Melaka ini.

Sejak negeri ini diperintah oleh Datuk Seri Mohd Ali Rustam memang banyak gajah putih dipelihara. Ada yang diimport dari luar negeri ada yang di'tangkap' di dalam negara kita sendiri.

Antara gajah putih yang sedang dipelihara di Melaka ialah Lapangan Terbang 'Antarabangsa' Batu Berendam, Eye On, Kincir Air, Litar Go-Kart, Stadium Hang Jebat, Taman Seribu Bunga dan banyak lagi. Terbaru 'seekor' lagi 'gajah putih' ditangkap dan dipelihara iaitu restoran terapung di Ayer Keroh.


Restoran ini berharga RM1.2 juta di Ayer Keroh. Restoran ini menjadi Gajah Putih selepas pengusaha-pegusaha di restoran terpaksa terpaksa gulung tikar tahun lalu sehingga menyebabkan sewa serta bil air dan elektrik tertunggak mencecah sehingga RM26,000. Kerajaan negeri Melaka diberitakan hanya mengutip sekitar RM57,500 sahaja.


Media hari ini menyiarkan pendedahan Adun Ayer Keroh, YB Khoo Poay Tiong yang mendedahkan bahawa projek restoran terapung telah menyebabkan hangusnya duit rakyat bernilai RM1.2 juta akibat kegagalan projek tersebut.


Ternyata kegagalan projek ini menambahkan lagi koleksi kegagalan kerajaan negeri Melaka dalam menganalisa, merancang dan melaksanakan sesuatu projek yang melibatkan duit rakyat.

Comments