Laporan Audit : Cerdik tak boleh diikut BODOH tak boleh DIAJAR

Laporan Ketua Audit Negara mendedahkan penemuan yang memeranjatkan apabila mengesan pihak kerajaan melalui Jabatan Perkhidmatan Awam telah terlebih membayar RM4.66 juta sebagai pencen kepada pesara dan waris mereka di antara 2007 dan 2010.


Ini suatu penemuan yang memalukan negara kita yang membuktikan kecuaian mereka yang terlibat disamping menimbulkan keraguan kepada sistem kewangan negara.

Daripada jumlah itu media juga mendedahkan bahawa RM2.57 juta telah terlebih bayar kepada 1,975 kakitangan awam yang telah meninggal dunia. Hanya RM850,000 berjaya dikutip semula daripada 965 waris mereka.



azlanSiapa yang harus dipertanggungjawabkan terhadapa kehilangan wang rakyat ini????? Sudah tentu waris-waris tersebut enggan membayar balik kerana mungkin sebahagian besarnya telah digunakan oleh mereka.

Baki, RM1.72 juta, yang perlu dituntut daripada 1,010 yang lain, masih belum dituntut sepenuhnya. Seramai  206 individu lagi membayar balik secara ansuran bulanan bagi jumlah RM390,000.

Bagi baki pencen terlebih bayar seterusnya berjumlah RM1.33 juta, wang itu tidak dapat dituntut kerana waris berkenaan tidak dapat dikesan, telah meninggal dunia atau memilih untuk tidak mengendahkan notis yang dihantar kepada mereka.

Antara lain, laporan audit mendapati bahawa pencen yang terlebih bayar itu adalah akibat rekod kematian yang ketinggalan zaman.

Ini berlakuwalaupun terdapat sistem komputer bersepadu yang dikenali sistem Power - Pensions  Online Workflow Environment  - untuk mengemas kini rekod kematian yang diperolehi daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

azlan"Sekiranya, maklumat kematian yang diterima daripada JPN tidak sepadan dengan maklumat dalam sistem Power, satu laporan tidak sepadan dikeluarkan.

"Berdasarkan laporan ini bagi tempoh tahun 2007 sehingga September 2010, didapati data kematian 2,262 pesara/penerima pencen tidak dapat dikemaskini kerana maklumat seperti nama, nombor kad pengenalan dan tarikh lahir tidak sepadan dengan maklumat dalam sistem Power,” kata Laporan Ketua Audit Negara itu.



Kita menuntut suatu Suruhanjaya Diraja ditubuhkan bagi menyiasat perkara ini dan sesiapa yang terlibat dengan kecuaian ini termasuk menteri, pegawai tertinggi kerajaan dan sebagainya mesti diambil tindakan.

Comments