DAP ANTI ISLAM berikan anugerah PADA HUFFAZ

DAP memang ANTI ISLAM sebab itu kerajaan Pulau Pinang pimpinan DAP memberikan anugerah kepada seramai 260 para huffaz negeri itu. 


Oleh sikap anti Islam inilah pada tahun lepas lagi seramai 180 orang para huffaz menerima pengiktirafan kerajaan negeri.


Manakala kerajaan negeri yang SAYANG kepada ISLAM seperti kerajaan Perak, Negeri Sembilan, Terengganu, Perlis, Johor, Melaka, Sabah dan Sarawak tidak memberikan apa-apa anugerah kepada para Huffaz


Memang DAP sangat anti Islam sebab itu mereka mengiktiraf para huffaz.
Exco Hal Ehwal Agama Islam dan Hal Ehwal Pengguna Negeri, Abdul Malik Kasim berkata, ia satu kebanggaan buat Pulau Pinang kerana berjaya mendidik dan melahirkan para hafiz dan hafizah yang boleh membantu merealisasikan hasrat kerajaan negeri yang berkehendakan 'Satu Keluarga Seorang Hafiz'.
"Insya Allah hasrat satu keluarga seorang hafiz akan berjaya sekiranya mereka yang menghafal Al Quran bertambah saban tahun.  Walaupun baru empat tahun diperkenalkan slogan berkenaan menerusi Ijtimak Huffaz namun sudah ada kesanya," kata beliau semasa berucap dalam ucapan alu-aluan majlis Ijtimak Huffaz Negeri Pulau Pinang kali ke 4 yang diadakan di Dewan Sri Pinang pagi tadi.
Katanya, untuk melahirkan generasi yang berilmu sebagai pewaris bakal pemerintahan negara akan datang golongan ini mesti terjun secara langsung di segenap bidang termasuk politik bagi menajamkan pengetahuan dan pengalaman.
Ujarnya, jangan anggap bila sudah menjadi hafiz ia hanya layak menjadi tok imam di masjid atau surau, mengajar Al Quran serta membuka kelas Al Quran sebaliknya memperluaskan skop kepada didikan moral untuk mewujudkan insan yang mempunyai jati diri yang unggul.
Semua anugerah berupa cenderahati, sijil dan wang tunai RM1,000 sehingga RM1,500 disampaikan oleh Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Abdul Rahman Abbas disaksikan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan Timbalan Yang Dipertua Maipp, Datuk Saleh Man.
Sumber : Harakahdaily

Comments

Anonymous said…
Tahniah DAP. DAP lebih menjuarai dalam memartabatkan Islam berbanding UMNO. UMNO yang kununnya pejuang Islam hanya diam membisu bila Chua Soi Lek memperlekehkan hukum hudud.
Wahai kaum melayu tinggalkanlah UMNO/BN.