Bajet 2012 : Permata dapat peruntukan 'senyap'?


Walaupun bajet 2012 tidak menyenaraikan Program Permata seperti pada Bajet 2011, ramai pihak merasakan bahawa NGO Rosmah Mansur itu mendapat 'Bajet Senyap' dari kementerian tertentu.
Pada Bajet 2012 yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak petang semalam telah memperlihatkan tiada peruntukan khusus diberikan kepada Program Permata sedangkan pada bajet sebelum ini sebanyak RM110 juta telah diperuntukkan bagi melaksanakan program tersebut.
Mana mungkin Permata tidak mendapat peruntukan sedangkan ianya adalah program 'penting' wanita yang paling 'disayangi' rakyat Malaysia iaitu Rosmah Mansur (RM).
Mustahil program-program Permata yang bersifat glokal (global + lokal) itu akan dihentikan begitu sahaja sedangkan RM dilihat begitu bersungguh-sungguh mempromosikan Permata dan dirinya sendiri.
Namun begitu sebagai rakyat Malaysia yang cintakan negara dan sayangkan wang rakyat saya mengharapkan program Permata ini dihentikan dan mana-mana program yang bermanfaat hendaklah diteruskan oleh Kementerian berkaitan. Tidak perlulah Rosmah Mansur hendak menjadi juara mengalahkan kementerian yang sememangnya diamanahkan untuk menjaga kebajikan rakyat.

Comments