Alhamdulillah sudah ramai artis yang bertudung dan sedar akan kewajipan menutup aurat. Semoga semua artis akan mencontohi mereka dan berusaha untuk memastikan mereka menepati hukum menutup aurat yang diwajipkan dalam Islam.
Terbaru penyanyi Siri Nurdiana pula menutup aurat bermula seminggu sebelum Hari Raya lalu. Tahniah diucapkan kepada beliau.
Selepas Insya Allah artis kita akan faham pula tentang aurat suara dan batasan akhlaq pergaulan antara lelaki dan wanita. Kita doakan diri kita dan mereka dikurniakan hidayah oleh Allah.
Rakyat sedang menunggu pimpinan Wanita Umno dan isteri pimpinan Umno supaya turut sama menutup aurat. Kita mendoakan mereka dikurniakan hidayah oleh Allah untuk menutup aurat. Sebagai pemimpin dan isteri pemimpin mereka menjadi public figure yang dicontohi oleh rakyat. Sudah tentu jika mereka menutup aurat akan ramai rakyat yang akan meneladani tindakan mereka bertudung dengan sempurna.
Saya mencadangkan kepada seluruh rakyat Malaysia khususnya yang beragama Islam supaya menyokong calon-calon Islam yang menutup aurat dan calon-calon Islam yang isteri dan anak-anak mereka menutup aurat dan berjuang untuk menegakkan Islam. Jangan kita terpalit sama menyokong mereka yang menentang hukum Allah yang mewajibkan wanita Islam menutup aurat.

Comments