Banner Hari Raya Pesuruhjaya PAS Melaka dan PAS Cawangan Bukit Beruang dibuang oleh hamba Allah yang takut kepada bayang-bayang sendiri. Banner yang dipasang di Simpang Tiga lampu isyarat berdekatan rumah Haji Ali Meran Kg Bukit Beruang hilang tanpa nisan semalam.
Ketika saya melalui kawasan itu kira-kira jam10.00 pagi semalam ianya masih ada. Tetapi pagi ini bayangnya pun tidak nampak. Saya lantas menghubungi Ketua PAS Cawangan Bukit Beruang, Hj Ramli Dalip bertanyakan ke mana perginya banner tersebut.
Menurut beliau semalam beberapa orang ahli Umno Bukit Beruang memasang banner menutup kedua-dua banner PAS tersebut sehingga menyebabkan berlakunya suasana tidak selesa di kalangan orang PAS. Akhirnya tidak lama selepas itu tanpa disedari kedua-dua banner tersebut hilang entah ke mana.
Nampaknya ada juga manusia yang TAKUT kepada Banner sehingga membuangnya dengan tidak berakhlak. Saya hairan dengan sikap manusia seperti ini kerana spesies mereka di Pahang saya lihat lebih matang dan professional. Semua banner yang dipasang oleh ahli PAS di Pahang tidak diusik hatta di pasang di tempat awam seperti persimpangan jalan, di tepi pagar masjid dan sebagainya. Namun di Melaka ini banner di tepi rumah sendiri pun dibuang......

Comments
apa punya manusia...
banner hilang pun nak tuduh UMNO ke?
ko ada bukti ke?
ada saksi ke?
tapi memang tak heran ler kalau hilang sebab mungkin ramai yang menyampah nengok muka pada banner tu...hahahahaha