Tengku Razaleigh ganti Anwar hanya mainan pencacai Umno untuk alihkan isu

Isu perlantikan Tengku Razaleigh sebagai pengganti Anwar memimpin PR hanyalah isu rekaan 'Raja Spin' untuk mengalihkan isu sebagaimana yang mereka lakukan dari dahulu, kini dan selamanya.

Umno/BN sebenarnya terdesak dengan isu manipulasi agensi kerajaan yang bersekongkol dengan mereka untuk menipu pada pilihanraya akan datang. Bayangkan bagaimana undang-undang negara diceroboh dan dinodai dengan pendaftaran rakyat asing menjadi warganegara dan seterusnya didaftarkan sebagai pemilih bagi memenangkan BN.

Isu ini sudah terbongkar dan rakyat sedang memerhatikannya dengan teliti. Selain itu ianya juga sedang dipantau oleh pelbagai pihak termasuk dari luar negara. Lantaran itu rakyat mesti dikhayalkan dan dialihkan perhatian mereka kepada isu-isu lain yang mampu menarik minat mereka. Akhirnya isu Ku Li ditonjolkan .

Insya Allah isu ini tidak akan mengalihkan perhatian rakyat kepada isu MyPR dan MyKAD kerana rakyat sudah semakin matang dan tahu sepak terajang Najib serta petualang-petualang lain.

Comments