SPRM dakwa bina bangunan dengan wang lebihan zakat?

Salah seorang Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendakwa  duit lebihan zakat digunakan untuk membina bangunan Majlis Agama Islam Melaka (MAIM). Menurut Pegawai itu fakta ini diperolehi dari Mufti Melaka sendiri.

Beliau berkata demikian semasa perbincangan pihaknya dengan Pesuruhjaya PAS Negeri Melaka, Haji Adly Zahari di Ibu Pejabat SPRM Melaka di Alai minggu lalu.

Persoalan yang timbul di sini ialah :-

1) Benarkan bangunan itu dibina dengan wang lebihan zakat?

2) Benarkan dakwaan bahawa Mufti menyatakan bangunan itu dibina dengan wang lebihan zakat?

3) Benarkan wang zakat negeri Melaka berlebih kerana tidak ada lagi asnaf yang layak menerima zakat sedangkan bilangan orang miskin masih ramai, anak-anak kita yang belajar di dalam dan di luar negara masih ramai yang tiada bantuan, orang-orang yang berjuang Fi Sabilillah masih ramai dan lain-lain.

4) Halalkan wang zakat digunakan untuk tujuan membina bangunan dan jika ianya dibenarkan ia tergolong asnaf yang mana satu?

Persoalan ini timbul ekoran 'follow up' yang dilakukan oleh Pesuruhjaya PAS Negeri Melaka, Haji Adly Zahari terhadap laporan yang dibuat oleh PAS pada bulan Februari  lalu terhadap Laporan Ketua Audit Negara 2010.

Kita sebagai rakyat mengharapkan SPRM menyiasat perkara ini, malangnya SPRM meminta PAS pula menyiasatnya keraan menurut SPRM mereka tidak menemui sebarang penyelewengan dan salah satu pihak terbabit.

Comments