Senarai Pembaziran Najib-Rosmah

Akhbar Suara Keadilan 27 bertarikh 2 Ogos mendakwa bahawa Najib-Rosmah memboroskan duit rakyat sewenang-wenangnya. Antaranya ialah :-


1) Lawatan Rasmi Perdana Menteri dan Rosmah ke luar negeri 2008-2011 - RM17 juta


2) Kos selenggara rumah rasmi Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri - RM49 juta


3) Bil elektrik dan air Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri - RM10 juta setahun


4) Peruntukan Program Permata Negara - Rosmah - RM111 juta


5) Penginapan Rosmah di Hotel Atlantis, Dubai - RM140,000 satu malam


6) Beg tangan Rosmah berjenama 'Hermezz Matte' - RM361,259.99


7) Cincin berlian - RM24 juta


8) Penganjuran Persidangan Wanita Pertama dunia yang dihadiri 14 wanita pertama majoritinya dari Afrika - RM4.5 juta


9) Gelang tangan - RM1.65 juta


Jika dakwaan di atas tidak benar kita minta Najib-Rosmah membuat penafian dan menyaman akhbar milik PKR ini.

Comments

Anonymous said…
Saya harap maklumat ini di sebarkan kepada pakcik-makcik di kampung. Sebab mereka ini kurang pendedahan dengan internet. Hanya RTM dan Utusan Meluat. Harap disebarkan ke seluruh kampung di Malaysia hingga akar umbi. Nanti datang Najib atau menteri-menteri ke kampung, mereka percaya bulat-bulat lambang dacing. Saya rasa ini penting sebab, selama ini mereka mudah di pengaruhi oleh jentera BN yang memberi gula-gula.