PRU 13 : PR Melaka sudah bersedia hadapi BN


Pakatan Rakyat negeri Melaka sudah bersedia untuk menentang BN pada Pilihnaraya umum ke 13 akan datang.  Semua kerja-kerja asas telah siap hanya menunggu 'loceng' dari Najib sahaja.


PAS sendiri sudah lama mempersiapkan jentera dan bakal-bakal calon mereka. Semua peti undi di Dun yang akan ditandingi oleh PAS telah mengerakkan Unit Peti Undi dengan struktur organisasi yang lengkap sejak 2 tahun lalu. Kursus-kursus asas kepada petugas juga telah dilaksanakan.


Malah Majlis Tindakan Dun (MTD) di tiap-tiap Dun juga telah mendaftarkan sejumlah besar pengundi baru yang dikenalpasti mempunyai pandangan kritikal kepada BN. 

Kebanyakan Peti Undi di Dun-Dunmempunyai cawangan, ahli PAS dan penyokong yang ramai sebagai penggerak, struktur organisasi yang mantap dan pejabat atau markaz parti yang telah lama dibuku. Petugas-petugas khas juga telah dilatih bagi menggerakkan jentera penerangan, logistik, PACA dan sebagainya.

Memang tidak dapat dinafikan kemenangan sesebuah parti bergantung kepada jentera yang kuat di samping isu dan juga faktor calon. Macamana untuk kita menang jika cawangan atau cabang pun tak ada, jawatankuasa parti di peringkat Parlimen, Dun dan Peti Undi pun tiada malah lebih teruk lagi pejabat atau markaz di tiap-tiap peti undi pun tiada. Sehinggakan program ceramah pun tidak dapat dijalankan kerana tiada pejabat dan markaz.

Comments

Anonymous said…
calon tu biar le org muda, ikut mcm pkr.. pas melaka dah macam parti warga emas, semua yg kerepot diletaknya jadi calon